Thursday, December 19, 2024
HomeNews“Wedding Of The Year!” - Majlis Kahwin Dua Ekor Badak Air Ini...

“Wedding Of The Year!” – Majlis Kahwin Dua Ekor Badak Air Ini Buat Geng Single Sendu

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, tular pasangan haiwan pertama di Malaysia iaitu badak air telah diraikan dalam satu majlis perkahwinan

Dilayan seperti ‘raja sehari’, pasangan badak air yang bernama Jiwang dan Juwita selamat disatukan dalam suasana kenduri kahwin di taman temai air Lost World of Tambun, Ipoh.

Menurut sumber, perkahwinan itu berkonsepkan Melayu tradisional. Majlis badak air dari Afrika itu lengkap dengan acara ‘menyambut menantu’ dan mempelai masuk diiringi bunga manggar, ditaburi bunga dan dibawa masuk beberapa dulang hantaran selain sesi makan beradab.

Namun, lain pula yang jadi apabila salah seorang tetamu yang hadir ke acara itu telah memuat naik video sekitar majlis perkahwinan Jiwang dan Juwita mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rozainahrahim

Perkahwinan haiwan pertama di Malaysia ##badakair ##lostworldoftambun ##fyp ##fyppppppppppppppppppppppp ##foryou ##foryoupage

Selamat Pengantin Baru – Pengantin

Malu dengan badak air, ramai geng single terciduk belum kahwin lagi

Menerusi video yang dikongsi oleh Rozainah Rahim, kelihatan ia memaparkan suasana dari awal hingga habis majlis perkahwinan Jiwang dan Juwita.

Dengan kapsyen “perkahwinan haiwan pertama di Malaysia”, tetamu disambut dengan welcome board bertulis ‘Selamat Datang Ke Majlis Perkahwinan Juwita & Jiwang’ serta pintu gerbang.

Bukan itu saja, mereka juga diberi doorgift siap ada bunga telur! Apa yang lebih menarik adalah apabila tetamu juga disajikan dengan pelbagai makanan persis kenduri kahwin manusia.

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Tetapi, video tersebut mengundang dekah apabila komen-komen daripada netizen terutamanya mereka yang single kerana masih belum kahwin sedangkan badak air pun siap buat majlis perkahwinan yang grand.

Dipercayai, itu sebenarnya merupakan strategi Lost World of Tambun untuk mempromosikan sektor pelancongan mereka supaya dapat menarik perhatian pengunjung.

“Badak pun dah kahwin, aku bila pulak? Tak sangka ramai yang single boleh kalah dengan badak” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 350.5K views, 33.1K likes dan 5,280 shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut merasa terhibur dan tidak sangka melihat badak air disatukan dalam majlis kahwin seperti manusia. Malah, ramai yang sendu kerana masih belum berjumpa jodoh.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Image via @rozainahrahim (TikTok)

Apa-apa pun tahniah buat Juwita dan Jiwang. Terbaiklah Lost World of Tambun, nice marketing strategy!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments