Tuesday, September 24, 2024
HomeNews Trend Rakam Polis Buat Roadblock Viral Di TikTok, Gadis Ini Bagi...

[VIDEO] Trend Rakam Polis Buat Roadblock Viral Di TikTok, Gadis Ini Bagi ‘Teguran’ Pedas

Aplikasi TikTok merupakan medium hiburan yang paling digemari ramai pada masa kini terutamanya bagi golongan muda

Tidak dapat dinafikan lagi, sememangnya ramai yang menggunakan TikTok sebagai platform untuk membuat content menarik, namun sejak kebelakangan ini wujud satu trend dalam kalangan gadis muda yang menimbulkan kemarahan orang ramai.

Trend itu adalah dengan merakam frontliner khususnya anggota polis dan askar yang sedang menjaga roadblock. Apa yang lebih menjengkelkan adalah mereka siap menyunting video itu dengan menyelitkan lagu cinta kononnya sudah bertemu jodoh dengan ‘crush’ mereka.

Namun baru-baru ini tular satu video mengenai seorang gadis memberikan teguran pedas khas buat gadis-gadis di luar sana yang gemar merakam anggota polis dan askar itu. 

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@ig.fyraamalekk__

SEBAB SAYA KESIAN DENGAN BINI DIA @farahinshuhada10 , kita sama ii perempuan , cuba kau kt tmpt bini dia ? then ada orang rakam sama ape yg ko buattu?

original sound – fyraamalekk__

Sakan rakam abang polis dan post video di TikTok, sekali kena sound dengan si isteri

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Fyra Malek telah menyuarakan pendapatnya berkenaan satu video di For You Page (FYP) dan menegur tindakan seorang gadis telah yang memuat naik rakaman anggota polis semasa roadblock.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila isteri kepada anggota polis tersebut telah meninggalkan komen sinis kepada gadis itu.

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Susulan tularnya video itu, Fyra Malek sempat memberi teguran pedas buat gadis tersebut kerana merasakan tindakannya memuat naik video polis itu agak keterlaluan.

“Apa kata kau delete video tu, tak menyakitkan hati bini dia, tak menyakitkan hati netizen yang lain. So kau pun tak kena kecam. Kau delete jelah, kita ni sama-sama perempuan. Kesian dekat bini abang polis tu, Kau jangan kebulur FYP sangat,” katanya.

“Bukan setakat polis je, lelaki yang lain pun jangan sesuka hati nak rakam. Ramai suami orang dekat luar sana” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video Fyra telah meraih 147.4K tontonan, 3.3K tanda suka serta 159 komen di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa geram dengan gadis itu yang tidak menghormati relationship orang lain dan sesuka hati memuat naik video anggota polis yang sudah berstatus suami.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Image via @ig.fyraamalekk__ (TikTok)

Memang cari nahaslah pergi record suami orang kan, korang jangan buat macam tu okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments