Umum sedia maklum, urusan pembelajaran banyak tertangguh akibat pandemik Covid-19 dan harus patuh norma baru, termasuklah majlis konvokesyen
Susulan penangguhan majlis istiadat konvokesyen ini, ramai graduan meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyambut hari bersejarah itu bersama keluarga mereka.
Antara keluhan yang sering didengar adalah mereka penat belajar bertahun-tahun tetapi akhirnya tidak dapat merasa moment di hari konvokesyen seperti bekas graduan lain sebelum ini.
Namun, setiap yang jadi pasti ada hikmah. Contohnya seperti seorang remaja lelaki ini yang kreatif mencipta kenangan majlis konvokesyennya sendiri bersama ibu tercinta.
Ciapannya di laman sosial Twitter telah menarik tumpuan netizen apabila dia memuat naik videonya menerima parcel daripada Poslaju dan tidak menyangka tu adalah sijil ijazahnya.
Lihat video penuh di bawah:
Semalam aku received parcel ni. Langsung tak expect ni sijil ijazah. So mmg aku takde footage dgn abg postmen tapi yang penting dgn mak aku masuk sekali pakai uniform pic.twitter.com/4QRxDmH6sL
— Ahmad Nabil (@annabobiill) November 28, 2020
Bersyukur walaupun tidak dapat sambut majlis konvokesyen bersama kawan-kawan, dia tetap dapat menghabiskan pembelajaran dengan jayanya
Ciapan itu telah mencecah 175,000 tontonan dan 13,000 tanda suka di Twitter. Menurut remaja lelaki yang bernama Nabil itu, dia bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan keluarga yang tidak jemu membantu dan memberi sokongan sepanjang pembelajarannya.
“Kepada kawan2 yg masih belajar. Belajar lah dgn ikhlas. Niatkan belajar kerana Allah. Pada yg masih belum bekerja, teruskan usaha. Teruskan doa, tawakal, dan usaha. Pada yg sudah bekerja, tahniah. Teruskan perjuangan dlm bidang pekerjaan. Utk semua, teruskan perjuangan anda!” katanya.
Ibu sporting siap pakai uniform semasa penyerahan sijil
Selepas tularnya video tersebut, Nabil dihujani ratusan komen tahniah daripada netizen dan rata-rata mereka memuji kreativiti Nabil yang menyambut majlis konvokesyen sendiri di rumah bersama ibunya.
Majlis olok-olok itu sememangnya seperti majlis istiadat konvokesyen yang biasa kita lihat, kerana siap ada emcee dan sound effect orang ramai tepuk tangan serta suara ibu Nabil yang bersorak nama anaknya semasa penyerahan sijil.
Ibunya juga dipuji kerana sangat sporting dan siap memakai uniform polis semasa menyerahkan sijil ijazah dan sesi bergambar bersama Nabil.
Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Apa-apa pun, tahniah buat Nabil dan semua graduan yang dah habis belajar. Great job guys!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!