Aksi kucing bergaduh berebut makanan sering menjadi perhatian ramai di laman sosial
Kebiasaannya kita tengok kucing gaduh bercakaran, tetapi kali ini sedikit berbeza kerana salah seekor kucing siap menjerit panggil ‘woi’ gara-gara keningnya dicium pasangan.
Baru-baru ini, tular satu video di laman sosial Twitter dan mendapat perhatian warganet apabila dua ekor kucing bergaduh tanpa diketahui sebabnya kerana salah seekor kucing tersebut seolah-olah kesakitan.
Lihat video itu di bawah:
member tengah marah tu, nyempat eh pergi cium kening dia pic.twitter.com/VRrLsi0Hr4
— D é e n (@fxkhrudeen) November 28, 2020
Video itu dirakam spontan oleh seorang pengguna Twitter dan mendapat hampir 197,000 tontonan serta 14,700 likes
Menerusi video berdurasi 15 saat itu, dua ekor kucing tersebut seperti sedang bergaduh dan salah seekor daripadanya seperti sedang mencium kening kucing yang sedang menjerit itu.
Tanpa diketahui punca pergaduhan, warganet menganggap kucing itu seakan memberi amaran kepada pasangannya supaya jangan mencium kening tetapi pasangannya tetap melakukan hal yang sama.
Video itu mencetuskan dekah warganet apabila di akhir video tersebut, kucing itu mengamuk sehingga berdiri dan menjerit sekuat hati menunjukkan ia betul-betul marah.
Ada yang siap translate dialog kucing itu seperti suami isteri yang sedang bergaduh
Terhibur dengan aksi dua ekor kucing itu, video itu meraih sehingga 9,400 retweets dan lebih 1,000 komen daripada warganet.
Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Adoi, lain kali jangan gaduh kat luar. Kan dah kantoi ada masalah rumah tangga 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!