Sunday, September 22, 2024
HomeNews Raih Pendapatan RM19K Dalam Masa 5 Hari, Pelajar Asrama Ini Kongsi...

[VIDEO] Raih Pendapatan RM19K Dalam Masa 5 Hari, Pelajar Asrama Ini Kongsi Detik Sukar

Umum mengetahui tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedikit sebanyak telah menjejaskan aktiviti seharian kita

Disebabkan itu, ramai yang terkesan akibat pandemik ini sehingga ada yang dibuang kerja dan ada sesetengahnya terpaksa menggulung tikar kerana tidak mampu meneruskan perniagaan.

Namun, lain pula dengan kisah yang viral baru-baru ini apabila dua orang pelajar mencuri tumpuan ramai dengan melakukan bisnes mereka hanya di asrama saja sehingga mencecah RM19,000.

Lihat video penuh itu di bawah:

@amzarairil

Usaha , doa , tawakkal ##foryourpage ##fyp ##fyp ##fyppppppppppppppppppppppp

Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Terpaksa tebal muka ketuk bilik ke bilik untuk promote baju

Menerusi video tersebut, dua orang pelajar asrama berkongsi kisah inspirasi bagaimana mereka memulakan perniagaan dari dulu hingga sekarang.

Difahamkan, kedua orang pelajar itu memulakan bisnes jenama baju mereka sendiri sejak sebulan yang lalu dan melakukan penjualan di asrama oleh kerana tidak dapat pulang ke rumah gara-gara PKP.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila mereka kini semakin hari semakin banyak menerima tempahan, malah 500 helai baju terjual dalam masa 5 hari saja.

Image via @amzarairil (TikTok)

“Kalau nak buat bisnes kena buat dengan team tak boleh sorang-sorang” – Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati kisah mereka turut menginspirasikan warganet untuk lebih berusaha dalam bisnes masing-masing.

Malah, ada yang kagum dengan usaha mereka dan mendoakan agar bisnes mereka lebih maju di masa akan datang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 105.6K likes, 1308 comments dan 1069 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet.

Image via @amzarairil (TikTok)

Image via @amzarairil (TikTok)

Image via @amzarairil (TikTok)

Image via @amzarairil (TikTok)

Image via @amzarairil (TikTok)

Image via @amzarairil (TikTok)

Image via @amzarairil (TikTok)

Jangan pernah berputus asa okay guys, usaha tangga kejayaan 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments