Sunday, September 29, 2024
HomeNews "Muka Tak Bersalah" - Oyen Kantoi Tidur Dalam Mangkuk Tandas, Tak...

[VIDEO] “Muka Tak Bersalah” – Oyen Kantoi Tidur Dalam Mangkuk Tandas, Tak Pernah Behave!

Pencinta haiwan sememangnya tahu jenis-jenis kucing yang nakal dan banyak telatah, contohnya seperti Oyen

Namun pada sifat nakalnya itu, Oyenlah yang sering menjadi perhatian ramai terutamanya di media sosial. Macam apa yang kita dapat lihat, sudah merata-rata video kucing bernama Oyen ini tular kerana selalu membuat hal.

Baru-baru ini, tular lagi satu video di laman TikTok apabila Oyen kantoi tidur dalam mangkuk tandas di rumah tuannya menjadi perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ieywan77_fuhh

Kucing saya wak lolak mati

bunyi asal – Ieywan Ghazali

Tuan ingatkan kucing dah mati, rupa-rupanya tengah tidur lena dalam mangkuk tandas

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ieywan77_fuhh, dia yang sedang mencari Oyen terkejut apabila terjumpa kucing kesayangannya itu di dalam mangkuk tandas sambil mata terpejam.

Dia pada mulanya menyangka si Oyen sudah mati, tetapi rupa-rupanya kucing comel itu sedang tidur dan terjaga sebaik saja mendengar suara tuannya.

Dengan riak muka tak bersalah, Oyen pasrah melihat tuannya membebel kerana walaupun sudah disediakan tempat tinggal untuknya, ia tetap nak tidur dalam mangkuk tandas itu.

Image via @ieywan77_fuhh (TikTok)

“Oyen tak pernah tak buat hal, boleh keluar tak tu? Nak call bomba ni” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video Oyen berjaya meraih 1.3 juta views, 104.7K likes dan 10.7K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat telatahnya dan tidak dapat menafikan fakta bahawa kucing yang bernama Oyen memang selalu buat hal.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ieywan77_fuhh (TikTok)

Image via @ieywan77_fuhh (TikTok)

Image via @ieywan77_fuhh (TikTok)

Image via @ieywan77_fuhh (TikTok)

Image via @ieywan77_fuhh (TikTok)

Image via @ieywan77_fuhh (TikTok)

Ada tak kucing korang nama Oyen tapi behave? Kalau ada memang rare 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments