Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia dan menjadi bahasa utama di negara ini
Namun begitu, ketika zaman penjajahan semasa di negara ini telah membuatkan penguasaan bahasa Melayu di kalangan bangsa sendiri menjadi semakin pudar kerana pengaruh dari barat.
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila penduduk negara jiran Singapura apabila diminta untuk menterjemahkan daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
Lihat video penuh itu di bawah:
Orang singapura translate “hawker center” ke bahasa melayu sumpah kelakar. Haha. pic.twitter.com/eMMgdtx5CL
— Fluke (@SafuanShaffuan) February 7, 2021
Uji orang Singapura dengan penguasaan bahasa Melayu mereka
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di negara jiran Singapura dengan bertanyakan beberapa orang awam di situ tentang tahap penguasaan bahasa Melayu mereka.
Meskipun bahasa Melayu bukanlah bahasa rasmi di negara berkenaan kerana bahasa utama mereka adalah bahasa Inggeris, tetapi tidak dinafikan penggunaan bahasa Melayu juga masih ada digunakan di sana.
Wanita itu mula bertanyakan kepada beberapa orang awam untuk menterjemahkan hawker center kepada bahasa Melayu.
Didapati sesetengah orang berjaya menterjemahkan perkataan tersebut, namun ada juga yang mengalami kesukaran untuk mencari perkataan yang betul.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang pemuda lelaki menterjemahnya dengan perkataan yang melucukan.
“Aku ingat hawker center tu pusat burung helang” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.
Malah, ada sesetangah juga memberitahu bahawa mereka juga masih berfikir apakah terjemahan hawker center kepada bahasa Melayu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 567.4K views, 6.5K retweets dan 12.2K likes di Twitter.
Kalau kat Malaysia pon same x boleh jawab..tp bukan sbb xtaw Bahasa Melayu, tp sbb english vocab x byk
— yash fathiry (@fIrasfathIry) February 8, 2021
Aku ingat hawker centre tu pusat burung helang
— Damahum Nashi (@ehsankam) February 8, 2021
Pernah duduk singapore, kadang kita sendiri pun x faham slang melayu diaorg.. Patah perkataan keluar dari mulut diaorg mcm https://t.co/9wkBgWa2o1 seronok
— Aiman Dani (@Eimanz77Aiman) February 8, 2021
huhu aku sebagai singaporean pun malu tau kesian tapi tulah kita belajar bahasa melayu sampai menengah 4 je :’)
— ا’ینی (@l0wself) February 8, 2021
dah penat jerit pusat ! sekali dia sebut jubur pic.twitter.com/aAnNuhHKJX
— akid (@SyahirAkid_) February 7, 2021
Hahah if it wasn’t for this video I wouldn’t have known the answer..hahha but haish penat jawab pusat tadi, dia boleh pulak jawab tu dah la orang tu buat recording hahah
— ⟭⟬ (@dxxsyxx) February 8, 2021
Hahahahaha tulaaa nasib pakai mask tapi yg kenal mesti tau dia
— (@umairahasy) February 8, 2021
haha! trust me I also don’t know what’s hawker centre in malay
— JIW∆ (@MustaqimJiwa) February 8, 2021
The way BM translation for basic words like “hawker centre” is IELTS level to them LMAO.Funny & sad at the same time.
— (@loqi38) February 8, 2021
I dont even know the words hawker center. So how can I translate.
— qwertyuiop (@imybinydmmb) February 8, 2021
Lain pula yang dia terjemahkan. Lawak betul lah 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!