Thursday, September 19, 2024
HomeNews Lepak Sampai Tengah Malam, Lelaki Ini Terpaksa Merayu Dengan Isteri Bukakan...

[VIDEO] Lepak Sampai Tengah Malam, Lelaki Ini Terpaksa Merayu Dengan Isteri Bukakan Pintu

Orang lelaki baik bujang mahu pun yang sudah berkahwin selalu meluangkan masa bersama kawan-kawan lepak di kedai makan sehingga lewat malam

Aktiviti tersebut kononnya merupakan cara mereka untuk menghilangkan stres setelah seharian penat bekerja kerana dapat berborak dengan kawan-kawan.

Tetapi bagi mereka yang sudah berstatus suami orang, kalau boleh janganlah biasakan melepak di luar sehingga lewat malam kerana isteri dan anak di rumah pun ingin meluangkan masa bersama juga.

Jika tidak, mungkin nasib anda akan sama seperti lelaki ini yang tular di TikTok beberapa hari lalu. Gara-gara lepak tak ingat dunia sampai ke tengah malam, si isteri terus kunci pintu tak bagi masuk rumah.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@selingkuhanaldebaran1

gak tau apa yang lucu yang pasti ngakak ajamood bnget pagi” liat gini##aryasaloka ##Aldebaran ##ikatancinta.

original sound – selingkuhan ALDEBARAN

Tak pasal-pasal kena kunci di luar rumah, gigih ketuk pintu merayu dekat isteri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @selingkuhanaldebaran1, kelihatan ketika itu dia sedang merakam kawannya yang terkunci di luar rumah kerana pulang lewat.

Lelaki itu dilihat beberapa kali cuba mengetuk pintu rumahnya sambil tersengih malu agar si isteri membuka pintu tersebut dan membenarkan dia masuk.

Namun, selepas beberapa kali mengetuk, tiada sebarang respon daripada ahli keluarganya. Mungkin mereka sudah tidur atau pun si isteri sengaja ingin memberikan pengajaran buat suaminya.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila si perakam hanya mampu mentertawakan kawannya dan tidak mampu untuk membantu apa-apa.

Image via @selingkuhanaldebaran1 (TikTok)

“Kalau aku ada suami, nampak gayanya aku pun akan buat macam ni jugak” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang sehingga kini meraih 2.6M views, 122.2K likes dan 3.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu yang merayu isterinya supaya membuka pintu rumah.

Malah, ada yang berkata lebih baik dia balik ke rumah esok pagi saja tapi belum dijamin nyawanya akan selamat. Ada juga yang pernah mengalami nasib sama sepertinya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @selingkuhanaldebaran1 (TikTok)

Image via @selingkuhanaldebaran1 (TikTok)

Image via @selingkuhanaldebaran1 (TikTok)

Image via @selingkuhanaldebaran1 (TikTok)

Image via @selingkuhanaldebaran1 (TikTok)

Image via @selingkuhanaldebaran1 (TikTok)

Image via @selingkuhanaldebaran1 (TikTok)

Image via @selingkuhanaldebaran1 (TikTok)

Haa itulah, lain kali ingat sikit anak bini dekat rumah ya bang kalau tak nak kena kunci 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments