Monday, November 4, 2024
HomeNews Lelaki Ini Kongsi Macam Ini Rupanya Hilang Deria Bau & Rasa...

[VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Macam Ini Rupanya Hilang Deria Bau & Rasa Sebab Covid-19

Penularan Covid-19 di negara sekarang amat membimbangkan. Dengan kes yang semakin meningkat ia menunjukkan masyrakat perlu lebih peka dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Jika mempunyai simptom anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dengan segera bagi mengelakkan daripada menular.

Namun, ada sesetengah pesakit tidak dapat mengenal pasti simptom yang ada pada diri mereka.

Seperti yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter ini apabila video perkongsiannya mengenai jangkitan Covid-19 tular.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Medium Coronavirus

Cuba makan beberapa makanan tanpa sebarang reaksi

Lelaki yang dikenali sebagai Matthew D Cheung itu membuktikan bagaimana deria rasa dan baunya hilang akibat jangkitan Covid-19.

Dia kemudiannya mengambil beberapa bahan makanan daripada pelbagai rasa tanpa sebarang masalah dan reaksi.

Antara makanan yang dicuba adalah setengah cawan jus lemon asli dengan meminumnya begitu saja tanpa rasa apa.

Seterusnya dia turut mencuba makan bawang, cuka, sos cili, whisky dan baginya semua rasa makanan tersebut adalah seperti air saja.

Mulut tidak rasa apa tetapi perut masih beri tindak balas seperti biasa

Menurut lelaki itu walaupun dia mencuba pelbagai makanan, mulutnya masih tidak dapat merasakan apa yang dimakan.

Tetapi perutnya masih tetap memberi reaksi terhadap makanan dan minuman yang ditelannya.

Lihat video penuh ini:

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati video berkenaan turut menarik perhatian ramai yang tidak tahu bagaimana kesan Covid-19 kepada individu

Jadi, sebab itulah pentingnya anda semua jaga SOP dan duduk di rumah. Stay safe guys!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments