Wednesday, November 6, 2024
HomeNews Jumpa Jodoh Di PUBG, Lelaki Ini Ikhlas Terima Pasangan Lumpuh Jadi...

[VIDEO] Jumpa Jodoh Di PUBG, Lelaki Ini Ikhlas Terima Pasangan Lumpuh Jadi Teman Hidup

Setiap pasangan yang sedang bercinta pasti mahukan hubungan mereka itu ke jenjang pelamin

Perkahwinan adalah momen indah yang pasti tidak akan dapat dilupakan oleh pasangan pengantin. Dengan perkahwinan itulah dua orang insan berjanji untuk sehidup semati bersama.

Sama seperti pasangan ini apabila video perkahwinan mereka tular di TikTok baru-baru ini telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jiehxhhh

Way Back Home (Cover) – SHOGO

Meluahkan hasrat mahu mengahwini wanita itu selepas dua bulan berkenalan di PUBG

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki itu mengucup dahi isterinya yang sedang duduk di atas kerusi roda oleh kerana lumpuh sebelum memakaikan gelang tangan selepas mereka berdua sah menjadi suami isteri.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhd Irfan itu memberitahu kepada sumber dia meluahkan hasrat untuk memperisterikan Nur Najihah dan berkat restu kedua belah keluarga, mereka selamat diijabkabulkan pada 12 Februari lalu.


“Jujurnya, saya tidak pernah terfikir menamatkan zaman bujang pada usia muda tetapi mungkin sudah sampai jodoh saya untuk berumah tangga”

“Saya tidak tahu keadaan isteri sehingga dia berterus terang namun tiada masalah untuk menerimanya kerana sudah tertarik dengannya sejak awal perkenalan lagi,”katanya.

Difahamkan, isterinya itu bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) selepas terbabit dalam kemalangan tiga tahun yang lalu semasa menaiki motosikal bersama bapanya ketika perjalanan ke sekolah.

Image via @jiehxhhh (TikTok)

“Tahniah, semoga Allah memberi kebahagiaan kepada pasangan ini sampai jannah” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan kedua pasangan itu.

Malah, ramai juga mengagumi keikhlasan lelaki tersebut kerana sanggup menerima kekurangan pasangannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4492 likes, 191 comments dan 107 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @jiehxhhh (TikTok)

Image via @jiehxhhh (TikTok)

Image via @jiehxhhh (TikTok)

Image via @jiehxhhh (TikTok)

Image via @jiehxhhh (TikTok)

Image via @jiehxhhh (TikTok)

Sweetnya pasangan ni, suka tengok. Semoga kekal bahagia 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments