Wednesday, July 3, 2024
HomeNews "Insan Terpilih" - Isteri Tak Kisah Suami Kahwin Lagi, Siap Risik...

[VIDEO] “Insan Terpilih” – Isteri Tak Kisah Suami Kahwin Lagi, Siap Risik Untuk Bakal Madu

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Poligami merupakan topik yang sangat sensitif terutamanya bagi wanita

Sudah pasti, poligami membenarkan suami untuk berkahwin lagi dan bila sebut saja perkataan bermadu tentu akan tercetusnya pergaduhan antara suami isteri.

Mana tidaknya, bukan semua orang sanggup berkongsi kasih dengan suami sendiri bukan? Malah, ‘madu’ ini juga sering dipandang negatif oleh masyarakat.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita mengizinkan suaminya untuk berkahwin lagi mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nurshalini21

Insan yg terpilih utk berkongsi kasih sayang bersama ##indahnyapoligami ##syukuralhamdulillah

Aku Bidadari Syurgamu – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Isteri izinkan suami kahwin buat kali kedua, siap pakaikan sampin di hari nikah

Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri berpakaian sedondon dengan suami dan madunya. Dia juga dilihat sempat membantu si suami memakai sampin untuk majlis akad nikah mereka.

Difahamkan, wanita itu telah merisik bakal madunya sendiri seminggu sebelum majlis nikah berkenaan. Dia memberitahu bahawa dia ikhlas menerima takdir dan jodoh madunya itu.

Malah, dia meminta orang ramai agar mendoakan hubungan mereka baik-baik saja dan mendoakan kebahagiaan mereka semua.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@nurshalini21

Kakak ku insan terpilih untuk berkongsi kasih sayang ##fyp ##fyp ##madu ##fypdongggggggg ##fypmalaysia ##isterisolehah ##poligami ##syukur

original sound – Nurshalini21

“Satu je nak cakap, bila bermadu hati dan jiwa kena lebih kuat daripada batu yang keras” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai pandangan mereka mengenai isu itu.

Malah, mereka juga tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga itu. Ramai juga yang mendoakan mereka dan memberitahu wajah kedua-dua madu itu ada sedikit iras.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5,138 likes, 893 comments dan 383 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen netizen di TikTok:

Image via @nurshalini21 (TikTok)

Image via @nurshalini21 (TikTok)

Image via @nurshalini21 (TikTok)

Image via @nurshalini21 (TikTok)

Image via @nurshalini21 (TikTok)

Image via @nurshalini21 (TikTok)

Mungkin memang dah jodoh dia kan. Apa-apa pun tahniah dan semoga berbahagia selalu 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments