Tidak dapat dinafikan lagi, pelbagai jenis permainan video popular boleh kita dapati pada era masa kini
Terutamanya bagi golongan muda, permainan video sekarang telah menjadi aktiviti popular kerana dari segi graphic dan game yang sangat memuaskan.
Jadi tidak hairanlah mengapa ada sesetengahnya ada yang sanggup menabung duit demi memiliki video permainan idaman mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila si ayah memberikan sokongan kepada hobi anaknya yang menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
“Baru lah semangat nak main video game”wholesome video pic.twitter.com/FZj65z22MX
— kighito (@damnwan_) February 13, 2021
Ayah hadiahkan kerusi gaming untuk anak supaya lebih selesa bermain game
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu si anak sedang sibuk bermain permainan video komputer di dalam biliknya.
Kemudian si ayah tiba-tiba masuk ke dalam bilik dan menutup mata anaknya sebelum memberikan kejutan sebuah kerusi gaming baru kepadanya.
Dengan rasa gembira dan teruja, anaknya terus membuka kotak itu dan tersenyum lebar selepas melihat hadiah berkenaan.
Si ayah juga mengingatkan anak lelakinya itu agar tidak leka dan mengabaikan solat walaupun sudah mendapat kerusi gaming baru.
“Bestnya dapat ayah yang support anak, I want to be this kind of father” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terharu selepas melihat video tersebut.
Malah, ada yang ada yang berharap agar sifat ayah mereka sama seperti lelaki berkenaan yang menyokong minat anaknya. Ada juga yang menyifatkan ayahnya itu seorang yang sporting.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 227.3K views, 7,199 retweets dan 12.5K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Having strict parent cant relate like…“Haaa kau hadap la komputer tu 24jam selagi dia tak meletup selagi tu la kau tduduk depan komputer tu main game”
— ApamBalik (@VfhvmRoslvn) February 14, 2021
bestnya dpt ayah yg support anak. i want to be this kind of father, if i get married.
— (@DeepFikry) February 14, 2021
ingatkan ayah dia nak cakap “marabbuka” , arghhhhhh
— achoooo (@aainzulaikha) February 14, 2021
Mati2 aku ingat bapak dia nak pukul dia sbb asyik main game je,skali bagi hadiah kerusi.sgt supportive weh.damn sapa potong bawang ni oii sempoila pakcik hehe
— KnizaM Leo (@kroolnizam) February 14, 2021
sweetnya ayah dia. nak nangis rasa pic.twitter.com/yvPgHNUrrT
— Paz (@Zaperi24) February 14, 2021
aku tak main game pun ayah aku masuk bilik bawak rotan ,)
— nik (@nicmegat) February 14, 2021
Aku main game kunci pintu, mungkin sebab tu kot takda hadiah masuk tiba tiba.
— NIFÆL (@paelazman_) February 14, 2021
Dapat tengok parent yang bagi hadiah dekat anak dia pun daa cukup bahagia.
— // cw: Ansatsu Kyoushitsu (@fakhrul_redza) February 14, 2021
I’ll just never get that. So I decide to be like that to my childs soon inshaallah. Being a supportive parent in whatever my childs do. As long as it’s not cross the limit
— íвαnєzz (@hzmmttqn) February 14, 2021
nak gak ayah support main game
— tanimo (@tanimo182) February 14, 2021
Ingatkan ayah dia nak suh dia p solat sekali dapat gaming chair :’)
— ö (@ysosrsisback) February 14, 2021
Sweet betul ayah dia, jarang dapat tengok parents support anak main game 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!