Jika diimbas kembali pada zaman persekolahan dulu pasti ada subjek yang kita gemar dan benci bukan?
Antara subjek yang memerlukan anda untuk memerah otak dan berusaha lebih keras adalah subjek Matematik.
Tidak dinafikan, subjek ini memerlukan anda untuk menghafal pelbagai formula dan nombor. Justeru, membuatkan ramai yang tidak menyukainya.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila gelagat seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana memarahi otaknya yang tidak dapat menghafal pengiraan Matematik.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bangun kau otak, kenapa otak ku ni? Credit: rahim tahir pic.twitter.com/glLgcBHHbW
— Isskandar Ariffin (@IsskndarAriffin) February 11, 2021
Sampai cubit dahi sebab kecewa tak ingat urutan nombor
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki berada di dalam kelas bersama gurunya yang menguji untuk mengira nombor.
Dia kemudiannya mengira nombor satu hingga sepuluh menggunakan jari. Oleh kerana tidak dapat menjawab dengan baik, dia merasa sedih kerana gagal untuk ingat urutan nombor selepas sepuluh.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah kanak-kanak itu dilihat memegang kepala dan memarahi otaknya kerana tidak dapat mengingat urutan nombor tersebut. Dia siap mencubit dahinya supaya otaknya dapat berfungsi dengan baik.
“Lucu tapi pada masa yang sama kasihan juga” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa simpati dan terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu.
Malah, ada juga yang boleh relate keadaan mereka semasa cuba untuk ingat sesuatu perkara penting.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 295.9K views, 14.8K retweets dan 12.5K likes.
Ahhaha lawakkk tapi, kenapa mak dia pressure dia mcm ni lambat sikit pun tak boleh, salah, terus marah stress kawan tu nk fikir
— Tyah (@tyahcheos) February 11, 2021
Lucu tapi pada masa yang sama kasihan juga. Kecik kecik lagi dah kena pressure sebegini rupa. Confirm dah besar kena paksa ambil medik
— Imran (@imranabbs) February 11, 2021
bestnya dia buat member dengan otak dia, otak aku dah lari
— bb⁷ (@asyahauraa) February 12, 2021
Cubit mulut, lecture otak, nnt dah naik darjah mesti cepat hafal sifir
— ainrazali (@razaliain) February 11, 2021
Dh besar mesti dia jd laki yg suka buat lawak dlm kelas
— cii (@nrshahdh) February 11, 2021
Ya allah lawaknyaa tapi kesian juga dia ni
— alpha (@ShafiqaSamsul) February 11, 2021
Kenapa salahkan otaknya mcm aku siak otak jarang berfungsi hahahaha
— نور فاره ليانا (@farauouou) February 11, 2021
If that motivation is consistent, he’ll be a genius in no time haha
— (@AtiliahH) February 11, 2021
Kesian dia gigih nak ingat urutan nombor tu. Yang penting ada usaha, bagus dik!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!