Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kucing merupakan haiwan kegemaran ramai yang comel dan jinak untuk bermain
Jadi, tidak hairanlah kenapa kucing ini merupakan haiwan peliharaan yang wajib ada di rumah. Lihat saja telatah dan gelagat mereka yang menghiburkan hati.
Kalau anda duduk seorang di rumah pun memang tak akan sunyi jika ada kucing peliharaan ini.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi gelagat si ayah dan kucingnya bermain mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
“yg katanya g suka kucing” papa edition part 2 ##kucing ##kucinglucu ##munchkin ##fyp ##foryoupage ##cutecat ##voiceeffects
original sound – Iyuz misterius
Dulu tak suka ada kucing dekat rumah, tapi terus rapat lepas ada
Menerusi video tersebut, seorang gadis telah berkongsi gelagat si ayah dan kucing peliharaan mereka bermain di dalam rumah.
Menurutnya, dulu ayahnya itu tidak suka kepada kucing difahamkan kerana penjagaannya yang agak leceh. Tetapi, dia mengambil keputusan untuk membela seekor kucing di dalam rumah mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah, kini dapat dilihat si ayah begitu rapat dengan kucing peliharaan mereka, bahkan si ayah siap bermain sorok-sorok bersama kucing tersebut. Gelagat itu mengundang ketawa ramai yang mencuit hati.
Lihat antara video penuh di bawah:
“Yang katanya ga suka kucing” papa edition part 1 ##jurrasicpark ##cutecat ##munchkincat ##fyp ##foryoupage ##voiceeffects
Welcome to Jurassic World – Michael Giacchino
“Aku pula terlebih senyum, hahaha” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut. Malah, ada yang berpendapat si ayah sangat comel bermain dengan haiwan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 840.8K views, 107.7K likes dan 679 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @hirothemunchkin (TikTok)
Image via @hirothemunchkin (TikTok)
Image via @hirothemunchkin (TikTok)
Image via @hirothemunchkin (TikTok)
Image via @hirothemunchkin (TikTok)
Image via @hirothemunchkin (TikTok)
Image via @hirothemunchkin (TikTok)
Akhirnya ayah juga yang suka main dengan cik meow ya 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik