Monday, December 16, 2024
HomeNews Dah Tolong Buat Kerja Rumah, Tapi Wanita Ini Tetap Sedih Duduk...

[VIDEO] Dah Tolong Buat Kerja Rumah, Tapi Wanita Ini Tetap Sedih Duduk Dengan Mentua

Kita sering dengar orang kata kalau dah kahwin jangan duduk dengan keluarga mentua

Ini kerana ramai yang berpendapat bahawa jika kita tinggal bersama keluarga mentua, akan ada isu yang bakal terjadi di dalam rumah tangga kelak.

Antara isu yang bakal terjadi adalah ungkit mengungkit. Contohnya, kalau kita terbangun lewat atau hanya masak untuk suami, pasti menimbulkan rasa kurang senang antara ahli keluarga yang lain, lebih-lebih lagi kalau kakak dan abang ipar pun duduk serumah.

Selain itu, privacy bersama pasangan juga terbatas kerana ada ahli keluarga yang lain. Itu belum termasuk isu bil elektrik dan air lagi.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsi oleh seorang wanita ini di laman sosial TikTok apabila dia memuat naik video sedihnya ketika menumpang di rumah mentua.

Lihat video penuh di bawah:

@amelia_kusuma

Wangi menantu nya awal” aja bund ##menantu ##fyp ##fyp ##Lazada1111 ##SumpahAkanBerubah ##mertuadanmenantu ##mertua

Di Persimpangan Dilema – Terry

@amelia_kusuma

tidak bermaksud menyindir siapapun##SumpahAkanBerubah ##Lazada1111 ##fyp ##fyp ##menantu ##mertua

Kamu & Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

Kecewa apabila ibu mentua sanggup memburuk-burukkan dia di depan suaminya

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Menurut wanita bernama Amelia itu, walaupun sudah beberapa bulan berkahwin, dia masih menumpang di rumah keluarga mentuanya.

Tetapi, dia bukan duduk saja. Di dalam video itu menunjukkan dia banyak tolong uruskan kerja rumah seperti memasak, basuh pinggan, menyapu dan macam-macam lagi.

Selepas dia mengemas rumah dan menunggu suaminya pulang, dia rehat sebentar di dalam bilik. Namun, apabila suaminya sampai di rumah, dia terdengar perbualan ibu mentua dan suaminya.

“Masa dekat pintu, aku terdengar ibu mentua bagitahu suami aku yang aku hanya tidur dan main handphone je dalam bilik. Rasa nak mengadu kat ibu, tapi aku tetap ingat walau bagaimanapun dia tetap ibu mentua aku,” katanya.

“Benda ni sering terjadi kat dalam drama, tak sangka realiti pun betul-betul terjadi” – Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video Amelia telah meraih lebih 11 juta tontonan dan 594,800 tanda suka di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula, kebanyakan warganet dapat relate dengan situasi yang dihadapi Amelia kerana isu duduk dengan mentua ini sememangnya selalu berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin.

Ramai di antara mereka turut menghadapi masalah yang sama seperti Amelia. Ada yang memberi nasihat buat pasangan yang ingin berkahwin supaya cari dulu rumah sebelum mendirikan rumah tangga tak kiralah sewa atau beli untuk mengelakkan isu-isu terasa hati seperti ini terjadi.

Namun, ada juga yang berkongsi mereka bahagia duduk bersama keluarga mentua kerana mendapat ibu dan ayah mentua yang memahami serta baik hati.

Antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan iktibar buat menantu dan mentua di luar sana supaya sentiasa berbuat baik 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments