Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Restoran makanan segera sudah pasti menjadi kegemaran ramai kerana menunya yang menarik dan tampak menyelerakan
Antara restoran makanan segera yang popular di Malaysia adalah McDonald’s, KFC, Burger King dan banyak lagi.
Sesetengah orang pasti mempunyai satu menu yang menjadi pilihan hati mereka contohnya seperti ayam goreng. Siapa saja tidak suka ayam goreng bukan? Tambahan lagi dengan kulit ayamnya yang begitu rangup sekali. Memang boleh buat gaduh kalau siapa yang ambil.
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki mencuri kulit ayam goreng teman wanitanya secara senyap-senyap mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Auto single pic.twitter.com/epeWH2KIwb
— ZiqMan’s (@haziqaiman_) March 24, 2021
Curi makan kulit ayam goreng teman wanita semasa dia keluar
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan kekasih itu berada di dalam sebuah kereta dan mengeluarkan bungkusan makanan untuk dimakan bersama.
Kelihatan teman wanitanya sedang makan ayam goreng daripada McDonald’s dan dia mengasingkan kulit ayam tersebut. Kemudian, dia keluar daripada kereta sebentar.
Namun, teman lelakinya mengambil kesempatan untuk mencuri kulit ayam teman wanitanya secara senyap-senyap semasa dia keluar.
Apabila teman wanitanya itu masuk semula ke dalam kereta, dia terkejut melihat kulit ayamnya itu telah hilang dan terus memukul teman lelakinya itu dengan botol sambil menangis.
“Girls really be crying over small things” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen seolah-olah dapat relate dengan video tersebut.
Malah, ada yang berpendapat bahawa kulit ayam sememangnya boleh membawa kepada pergaduhan. Ada juga yang keliru mengapa wanita itu menangis hanya disebabkan kulit ayam.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 128.5K views, 2,892 retweets dan 4,487 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Bakal husb jangan risau, kita takkan gaduh pasal kulit ayam. Saya rela beri sendiri sebab saya tak makan
— Liena (@noraxliena) March 25, 2021
girls really be crying over small things
— zaleyyyy (@adliilias) March 25, 2021
ini kalau aku belum aku makan ayam dia dah tanya, “kulit ayam tu nak tak?”.. hahaha so aku as a perfek boipren bagi la dia kulit tu.. walaupun end up aku yang kena habis kan lagi 70% ayam tu. SEBAB APA? takleh makan banyak.. diet. PEREMPUAN gais
— A_man (@GabbaeTerror) March 25, 2021
hahaha aku teringat waktu makan nasi lemak..aku tgk husband aku asingkan telur kuning..aku ingat die xnak so aku pun amik..pastu die ckp eh nak amik pula abg mmg favourite telur kuning..pastu aku jwb syg ingat abg xnk sbb abg taufik dlu xsuke tlur kuning
— This Is Me (@ainsyncamore) March 25, 2021
Rules dia simple. Diaorg buat, kita rilek. Kita buat, kita salah. Hahaah
— (@Izat_Danial_) March 25, 2021
Awek ke membe ke kalau kau usik kulit ayam aku, kulit kau aku makan
— ▶BELZ◀ (@nabilsohaini) March 25, 2021
kulit ayam takpe, kuning telur masin jangan pernah sekali kau sentuh
— nazura (@n_hazrin) March 25, 2021
kalau aku ni merajuk berhari-hari hahahahaha “kalaulah”
— wana (@syazwanasyza) March 25, 2021
hehehehehe my fiance here so kind u the one yang gave me kulit ayam
— cik qama (@ftsmmq) March 25, 2021
Takkan sebab kulit ayam nangis wei
— fa (@asfahamzah) March 25, 2021
Kalau dah sampai asingkan simpan tepi tu maksudnya mmg fav dia la. Pastu dia pulak yang geleng kepala apooo
— Afwani Aziz (@kunoorafwani28) March 25, 2021
Bab favourite part makanan ni jangan buat main. Memang boleh buat gaduh tau 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!