Tuesday, October 8, 2024
HomeNews "Cikgu Pergi Lawatan Be Like" - Cara Lakonan Lelaki Ini Bikin...

[VIDEO] “Cikgu Pergi Lawatan Be Like” – Cara Lakonan Lelaki Ini Bikin Netizen Gelak Sakan

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mengimbau kembali zaman sekolah, pasti ada antara anda semua pernah pergi ke lawatan sekolah bukan?

Iyalah, dapat pengalaman bersama rakan-rakan dan cikgu yang best pasti tidak akan dilupakan. Tak kisah lawatan ke mana pun, pasti ada memori indah yang menjadi kenangan sampai sekarang.

Sudah tentu sebelum seseorang pelajar itu dibenarkan untuk pergi lawatan, macam-macam prosedur yang perlu dibuat bukan? Seperti surat akuan sekolah, surat akuan ibu bapa dan macam-macam lagi. Cikgu yang menjadi pengiring pun jadi teliti bila bab-bab lawatan ini.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang lelaki melakonkan semula watak cikgu pengiring semasa pergi ke lawatan mecuri tumpuan netizen di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sonicwebs

Cikgu masa nak pergi lawatan be like. Kepoh dia mmg takleh bawak bincang #fyp

original sound – SonicWebs – SonicWebs

Berkaca mata hitam, pegang beg dan kunci, sebijik weh!

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sonicwebs di laman TikToknya, kelihatan dia sedang melakonkan watak sebagai cikgu semasa pergi ke lawatan. 

Apa yang bikin dekah netizen apabila gaya dia yang berkaca mata hitam, pegang beg dan kunci itu serupa cikgu-cikgu yang menjadi guru pengiring semasa lawatan. Bukan itu saja, dia siap melakonkan cikgu mengambil kedatangan dengan menyebut nama satu per satu lalu agihkan kepada dua bas berlainan. 

Malah, dia siap tidak membenarkan seorang pelajar itu mengikut lawatan kerana tidak mempunyai surat izin ibu bapa. Lelaki itu juga melakonkan kekecohan cikgu apabila ada pelajar yang datang lambat sebab bas sudah nak gerak. 

Image via @sonicwebs (TikTok)

Image via @sonicwebs (TikTok)

Image via @sonicwebs (TikTok)

“Kunci kereta dekat tangan tu memang real gila” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan lakonan lelaki itu. Malah, ada yang boleh relate dengan situasi ini pada zaman sekolah dulu. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan meraih sebanyak 44K views, 9K likes dan 200 comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Image via @sonicwebs (TikTok)

Image via @sonicwebs (TikTok)

Image via @sonicwebs (TikTok)

Image via @sonicwebs (TikTok)

Aduh, kelakar lah, kesian member tak dapat pergi. Sama tak macam cikgu korang zaman sekolah? :’D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments