Wednesday, July 3, 2024
HomeNews Belum Ada Zuriat, Mentua Tuduh Isteri Mandul Tapi Rupa-Rupanya Suami Yang...

[VIDEO] Belum Ada Zuriat, Mentua Tuduh Isteri Mandul Tapi Rupa-Rupanya Suami Yang Problem

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masalah kahwin lama tapi belum mempunyai zuriat sudah banyak kita dengar dalam kalangan para suami isteri

Walaupun sudah mencuba sedaya upaya, jika rezeki itu bukan milik kita ia tetap tak akan datang. Oleh itu, setiap pasangan haruslah berusaha bersama-sama dan bukan menyalahkan antara satu sama lain.

Sama seperti sebuah perkongsian video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila lakonan semula antara seorang doktor dan pasangan suami isteri mengenai kisah benar mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@infobumildansikecil

Semangat ya para ##pejuanggarisdua ##edukasi ##taugasih ##dokterkandungan ##fyp ##foryoupage

original sound – Info Bumil dan Si Kecil

11 tahun kahwin tapi belum ada zuriat, hampir bercerai sebab keluarga lelaki tuduh isteri mandul

Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun milik Info Bumi dan Si Kecil, kelihatan seorang doktor wanita dan sepasang suami isteri melakonkan semula adegan kisah benar di mana mereka belum dikurniakan anak walaupun sudah berkahwin selama 11 tahun.

Pasangan itu hampir bercerai gara-gara si isteri dituduh mandul oleh pihak keluarga suami. Namun, setelah berjumpa doktor dan diperiksa, keadaan rahim si isteri normal dan tidak ada apa-apa masalah.

Image via @infobumildansikecil (TikTok)

“Dan ternyata hasil ujian lab, sperma suami yang bermasalah dan mengalami teratozoospermia iaitu kelainan bentuk sperma (abnormal)”

“Orang perlu tahu lebih dari 50% kes kemandulan adalah disebabkan oleh lelaki. Tapi dengan tegas si isteri mengatakan dia tetap akan berjuang bersama suaminya”

“Saya pun terfikir, kalaulah betul si isteri yang mandul, adakah suaminya akan tetap setia?” kata doktor itu.

Image via @infobumildansikecil (TikTok)

“Memang selalu perempuan yang disalahkan. Mesti keluarga pihak lelaki tu malu” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 1.3M views, 127.3K likes dan 3.4K shares di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing dan ada yang turut mempunyai masalah sama iaitu dituduh mandul.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @infobumildansikecil (TikTok)

Image via @infobumildansikecil (TikTok)

Image via @infobumildansikecil (TikTok)

Image via @infobumildansikecil (TikTok)

Image via @infobumildansikecil (TikTok)

Image via @infobumildansikecil (TikTok)

Apa-apa pun bincanglah elok-elok, bukan terus nak bercerai tanpa tahu punca sebenar tu daripada siapa 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments