Monday, October 7, 2024
HomeNews "Bagus Idea Ni" - Scam Anak Datang Minta Jajan, Netizen Puji...

[VIDEO] “Bagus Idea Ni” – Scam Anak Datang Minta Jajan, Netizen Puji Kebijaksanaan Si Bapa

Mempunyai anak kecil pastinya menjadi penghibur dalam keluarga kerana melihat telatah dan gelagat mereka

Kelakuan mereka ini ada kalanya memeningkan kepala ibu bapa juga kerana kita akan melihat bermacam ragam mereka.

Tetapi, itulah memori yang kita pasti tidak akan dapat lupakan dalam proses membesarkan mereka ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Instagram baru-baru ini apabila seorang ayah mengenakan anaknya yang dilihat mahu memakan jajan bersama.

Lihat video penuh itu di bawah:

Datang dekat ayah ingat bagi keropok rupanya ada benda lain yang tersembunyi

Menerusi video tersebut, kelihatan dua beranak itu sedang berada di atas sofa sambil si ayah makan keropok.

Si anak kemudian dilihat menuju ke arah ayahnya kerana mahukan juga keropok yang dimakan. Disebabkan itu, ayahnya memberikan juga keropok tersebut kepada anaknya.

Namun, tanpa disangka rupanya disebalik dalam keropok tersebut terdapat makanan bayi yang memang khas untuk anaknya. Selepas diberi makanan itu, si anak kelihatan gembira tanpa mengetahui bahawa jajan tersebut memang makanan untuk bayi.

Image via @imanabdulrahim (Instagram)

“Hahahaha okay boleh buat juga ni nanti” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan.

Malah, ada yang menyifatkan si ayah sangat bijak kerana meletakkan makanan bayi itu di dalam plastik tersebut tanpa diketahui.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 109K views dan 169 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Image via @imanabdulrahim (Instagram)

Image via @imanabdulrahim (Instagram)

Image via @imanabdulrahim (Instagram)

Image via @imanabdulrahim (Instagram)

Image via @imanabdulrahim (Instagram)

Image via @imanabdulrahim (Instagram)

Memang bijak ayah dia letak makanan dalam tu. Anak pun seronok je makan 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments