Thursday, November 14, 2024
HomeNews "Aku Mengaku Kalah" - Cuba Cabaran Sebut 1 Bas, 2 Bas,...

[VIDEO] “Aku Mengaku Kalah” – Cuba Cabaran Sebut 1 Bas, 2 Bas, Lelaki Ini Buat Ramai Gelak

Setiap hari pasti ada saja video atau perkongsian viral yang dikongsikan di media sosial

Lebih-lebih lagi dengan pelbagai trend terbaru yang menjadi ikutan tidak kira bagi golongan muda mahu pun yang tua.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang lelaki dicabar untuk menyebut perkataan 1 bas sehingga 10 bas telah membuatkan ramai terhibur.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nampak macam senang nak sebut, rupanya susah sehingga tersasul banyak kali

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki telah dicabar oleh salah seorang followernya untuk mengikuti cabaran menyebut 1 bas sehingga 10 bas dengan nada yang laju.

Namun, cubaan lelaki itu mengira bas tersebut tidak berjaya kerana banyak kali tersasul di pertengahan jalan.

Apa yang lebih melucukan dia dilihat agak berlagak pada awal video kerana yakin boleh menyebutnya dengan mudah tetapi gagal kerana tersasul sehingga 20. 

Image via @ELMIELMO (Twitter)

“Sampai dekat sembilan mesti auto sebut dua puluh” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video perkongsian lelaki tersebut.

Malah, ramai juga yang mencuba melakukan cabaran itu dan kebanyakan mereka juga gagal menyebutnya dengan tepat.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 294.2K views, 6,847 retweets dan 7,058 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Betul lah, asyik tersasul je nak sebut. Susah jugak ya challenge ni 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments