Friday, October 4, 2024
HomeNews 3 Kali Line Putus Masa Live, Adik Lutfi Buat 'Comeback' Sempurnakan...

[VIDEO] 3 Kali Line Putus Masa Live, Adik Lutfi Buat ‘Comeback’ Sempurnakan Bacaan Surah

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masih ingatkah lagi anda pada video budak yang tidak sempat menyempurnakan bacaan Al-Quran selepas 3 kali line terputus?

Videonya itu menjadi tular di sosial media beberapa hari lalu kerana bacaan Al-Quran darinya terputus sebanyak 3 kali semasa sedang live di televisyen.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia terputus bacaan di potongan ayat yang sama membuatkan satu studio terhibur dengan insiden itu.

Namun, baru-baru ini, budak yang dikenali sebagai adik Lutfi itu telah muncul kembali di program televisyen tersebut dan kali ini dia telah berjaya membacakan bacaannya dengan sempurna sekali.

Lihat video penuh itu di bawah:

Adik Lutfi Huwallaziii comeback stronger! You will amaze with his ability. 9 tahun baru weh!!! pic.twitter.com/QsHila5I4C

— Ad-Dien (@AdDien90) April 27, 2021

Datang dengan semangat baru akhirnya berjaya menyempurnakan bacaan

Menerusi video yang telah dikongsikan di lama Twitter itu, kelihatan adik Lutfi kali ini dihubungi dengan panggilan video di program tersebut.

Malah, para panel juga merasa kagum mendengar bacaannya. Mereka juga turut memuji semangat yang ditunjukkan olehnya dalam membacakan potongan ayat Al-Quran berkenaan.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

Part 2. Pujian dan reaksi panel. pic.twitter.com/WmfCe05XJ6

— Ad-Dien (@AdDien90) April 27, 2021

Last part. Kata-kata akhir adik Lutfi. Terbaik, thanks #GengNgaji dan team. pic.twitter.com/o4lSgqrrpk

— Ad-Dien (@AdDien90) April 27, 2021

“Sejuk perut ibu kau mengandung dik, Allahu” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji bacaan yang disampaikan oleh adik Lutfi itu.

Malah, ada yang berpendapat ada hikmah mengapa sebelum ini line terputus kerana sekarang dia telah dikenali ramai dengan bacaan yang begitu mengagumkan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 552.8K views, 26.8K retweets dan 33.6K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

FUHHHH BERDERAI YUT AIR MATA AKU TAKTAHU SBB APA. BANGGA, LUCU, AND SEDIH AT THE SAME TIME TAHNIAH DIK, SEMOGA KAU BERJAYA DUNIA AKHIRAT

— this creamy nasi (@najemieee_) April 27, 2021

Im crying

— ucenajualsusupisangnilofa (@KuNadzira) April 27, 2021

Sejuk perut ibu mengandung dik Allahu… Ya Allah..

— Muhammad Afif (@afif_pong) April 27, 2021

Cant believe I cried :’) well done, young man!

— Fiona | love you chanyeol (@fatin_illani) April 27, 2021

Lembut betul hati aku ni. Ini pun ngisss ya Allah

— Raaaa (@mieraabdrashid) April 27, 2021

Famous budak ni dah. Aritu aku tgk negkek sbb terputus line waktu ayat yg sama hahahah

— (@faamike) April 27, 2021

Allahu hebatnyaa budak ni. Dia buat aku terkedu dan sebak dgr dia mengaji dan bercita cita besar. Hebat hebat semoga satu hari nanti orang yg hebat macam ni jadi pemimpin malaysia!! Aminnnnn!

— Doofenshmirtz (@Amirzen11) April 27, 2021

Alhamdulillah terungkai jugak huwallazi tu dah dapat closure aku hahahah he is sooo brightt

— anip (@TuanHanif6) April 27, 2021

Alhamdulillah, hikmah di sebalik line putus 3 kali Rooting for you, adik Lutfi!

— jahh jenner (@rajafija) April 27, 2021

Alhamdulillah, sempurna juga bacaan dia akhirnya ya 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments