Saturday, November 16, 2024
HomeNewsUmat Islam Dilarang Bermain Aplikasi 'Sugarbook' - Mufti Wilayah Persekutuan

Umat Islam Dilarang Bermain Aplikasi ‘Sugarbook’ – Mufti Wilayah Persekutuan

Umat Islam diingatkan untuk tidak menggunakan aplikasi Sugarbook berikutan sebarang perbuatan yang boleh mendorong kepada berlakunya perzinaan

Baru-baru ini hangat diperkatakan isu sugar daddy dan aplikasi Sugarbook yang telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara asia ketiga yang paling ramai mempunyai sugar daddy.

Malah, aplikasi tersebut juga telah mengeluarkan senarai universiti di Malaysia yang paling ramai menggunakan perkhidmatan sugar daddy.

Menurut sumber, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah memberitahu bahawa pihaknya mengambil inisiatif untuk tampil memberikan nasihat serta panduan hukum syarak kepada umum terutamanya bagi umat Islam di negara ini.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Asia One

Aplikasi Sugarbook boleh menyebabkan umat Islam terjerumus ke lembah zina

Tambahnya, larangan itu adalah demi menyelamatkan umat Islam daripada mendaftar di Sugarbook atau mana-mana aplikasi lain yang berkaitan sehingga boleh membawa ke arah zina.

Rasulullah SAW juga menjelaskan dengan lebih mendalam berkenaan perbuatan menghampiri zina menerusi sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukari dan Muslim yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya,” jelasnya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Asian Parent

Sejajar dengan itu, beliau memberitahu larangan ke atas umat Islam daripada menyertai aplikasi Sugarbook atau mana-mana aplikasi lain yang berkaitan dengannya adalah selaras dengan prinsip Sadd al-Dzara’i iaitu penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada perbuatan yang haram di sisi Islam.

Kesukaran hidup pelajar universiti menyebabkan ramai mencari sugar daddy

Sebelum itu Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook Darren Chan mendakwa aplikasi itu disertai seramai 14,000 pelajar universiti di Malaysia yang menjadi sugar baby.

Kesukaran hidup dan ditambah lagi dengan kemunculan pandemik Covid-19 ini telah memperlihatkan bilangan pelajar universiti di Malaysia yang menjadikan sugar baby meningkat sebanyak 40%.

Dr Luqman berkata, aktiviti itu juga jelas bercanggah dengan norma masyrakat di negara ini yang sentiasa memelihara tatasusila serta kesopanan dalam aspek pergaulan antara lelaki dan wanita.


“Ketika mengharungi musibah Covid-19 ini janganlah kita terpedaya dengan tipu daya syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kemungkaran, sebaliknya marilah kita bermuhasabah dan menginsafi serta mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah dan amal soleh” katanya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Study International

Sementara itu, hasil tinjauan dan carian mengenai Sugarbook di internet menunjukkan laman web itu telah disekat sepenuhnya daripada diakses.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments