Menjadi seorang ibu bapa pastinya mempunyai tanggungjawab yang besar perlu dipikul dalam mendidik anak-anak
Mana tidaknya, ibu bapa perlu bersabar dalam melayan ragam dan karenah anak-anak yang semakin hari semakin membesar dan mendidik mereka agar menjadi insan yang berguna.
Mereka juga sanggup berkorban pelbagai perkara demi anak-anak yang tercinta. Pastinya banyak perkara yang terjadi sepanjang menjaga mereka.
Begitulah yang terjadi kepada perkongsian tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki berkongsi situasi yang melucukan ketika bersama anak lelakinya.
Lihat perkongsian penuh itu di bawah:
Anak aku tak tahan nak kencing tadi, aku capai botol kosong sebab tak jumpa petrol pam. Sekali masa nak kencing salah target, tersembur dekat bapak dia. First time aku merasa minum air kencing. pic.twitter.com/yssmyWBvNh
— Zulhelmey Isnin (@amymedusaa) March 2, 2021
Terpaksa ‘membuang’ dalam botol kosong sebab tak jumpa petrol pump
Menerusi perkongsian tersebut, lelaki itu berkongsi situasi kelakar semasa dia bersama anak lelakinya itu. Difahamkan ketika itu mereka sedang berada di dalam kereta ingin menuju ke suatu tempat.
Namun, semasa dalam perjalanan ke tempat tersebut, si anak tiba-tiba memberitahu bapa untuk membuang air kecil kerana tidak tahan. Disebabkan si bapa tidak menjumpai petrol pump berdekatan, dia kemudian memberikan botol kosong kepada anaknya itu.
Tetapi, timbul pula satu peristiwa kelakar apabila si anak yang sepatutnya membuang ke arah dalam botol berkenaan tersalah ‘target’ hingga menyebabkan terkena baju si bapa.
“Muka tu macam dah lama dia kena kencing bapa dia. Hahahaha” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perkongsian lelaki tersebut.
Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama mereka dalam menguruskan hal anak terutama anak lelaki.
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan telah meraih 1,948 retweets, 142 quotes tweets dan 3,126 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Aduhai kenapa la orang lelaki ni suka sangat kencing merata. Suami akak pun sama jugak, suka kencing atas akak.
— call me Karen (@klusterkayangan) March 2, 2021
Bhahaha sama do. Anak aku pun pantang bukak pampers, pancut terus. Ayoh apa lagi, jentiklah bird dia
— Your Mother (@jeppppppppppp_) March 2, 2021
masin masin takda creamy hahaaaa
— Zulhelmey Isnin (@amymedusaa) March 2, 2021
Serius ke melawak ni? Hahahaha. Lawak dohh.
— Amir Kamarulzaman (@amirkamarulzmn) March 2, 2021
Muka tu macam dah lama dia kena kencing bapak dia. Hahahahah
— Ⓢⓨⓐ (@Syakieraraa) March 2, 2021
The real definition of kena kencing
— (@n4tsykes) March 2, 2021
Muka budak tu pun mcm puas hati gila je mcm dh lama dendam je
— (@electrchilin) March 2, 2021
Puas hati sangat tuu muka tu
— (≧∇≦) (@rhlamn) March 2, 2021
nak kesiankan tapi tergelak pula HAHAHAHAHA nampak sangat muka anak dah lama pendam
— tashazain (@tashazain_) March 2, 2021
muka budak tu happy dapat kencing kan bapak dia
— Haisen (@muzshaooo) March 2, 2021
Aduhai, tak pasal-pasal ayah dia ‘mandi’ free ya 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!