Saturday, October 5, 2024
HomeNews Isu Kebocoran Data Peribadi, Polis Sahkan Terima Satu Laporan Daripada JPN

[TERKINI] Isu Kebocoran Data Peribadi, Polis Sahkan Terima Satu Laporan Daripada JPN

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular di media sosial baru-baru ini, pangkalan data dipercayai milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) didakwa telah dijual di forum pasaran pangkalan data yang terkenal

Menerusi laman Lowyat, sebanyak 4 juta data peribadi rakyat Malaysia yang disyaki telah terbabit pada kali ini. Harga yang ditawarkan bagi mendapatkannya sekitar 0.2 BTC bersamaan RM35,495 mengikut pertukaran semasa.

Berdasarkan siaran pengiklanan yang dibuat, maklumat tersebut berjaya diperolehi melalui API MyIdentity di laman Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN). Bagi mereka yang tidak mengetahui MyIdentity, MyIdentity merupakan sebuah platform perkongsian data peribadi antara agensi kerajaan dalam mendapatkan informasi seseorang.

Sejumlah besar data yang bakal dijual merangkumi maklumat seperti nama, nombor telefon, nombor MyKAD, jantina, agama, alamat dan emel peribadi. Malahan, kesemua data yang dikumpulkan telah membabitkan kumpulan rakyat yang dilahirkan pada tahun 1979 sehingga tahun 1998.

Image via LowyatNET

Pihak polis sahkan terima laporan daripada JPN dan tidak menafikan terdapat penglibatan orang dalam berhubung insiden pembocoran serta penjualan data tersebut

Menurut laporan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan hari ini berhubung kebocoran data peribadi awam yang didakwa berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Mat Din berkata, laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengarah JPN di Balai Polis Percint 7, Putrajaya pada 27 September lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan penglibatan orang dalam berhubung insiden pembocoran dan penjualan data tersebut.

“Untuk makluman kita telah menerima satu laporan polis daripada JPN dan kita telah membuka kertas siasatan hari ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 bagi menyiasat lanjut dan mengesahkan berlaku penggodaman atau tidak.

“Kita akan siasat sistem JPN dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengenalpasti di mana kebocoran data awam itu berlaku,” katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments