Selepas setahun tanpa sebarang aksi, Harimau Malaya kini kembali bangkit dengan pelancaran jersi terbaru pasukan kebangsaan Malaysia edisi 2020-2022
Ia menyaksikan buat pertama kalinya sejak 2007, jersi utama atau jersi ‘home’ tampil dengan reka bentuk berkolar daripada Nike.
Majlis pelancarannya, hari ini berlangsung secara maya menerusi video pengenalan jersi berkenaan yang disiarkan serentak di kesemua platform media sosial rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu di Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube.
Ia menampilkan 10 pemain kebangsaan terdiri daripada ketua pasukan iaitu Aidil Zafuan Abd Radzak, Shahrul Saad, Syahmi Safari, La’Vere Corbin-Ong, Brendan Gan, Nor Azam Abdul Azih, Syamer Kutty Abba, Syafiq Ahmad, Shahrel Fikri Md Fauzi dan penjaga gol, Farizal Marlias serta penampilan istimewa ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!