Saturday, November 2, 2024
HomeNewsSusah Nak Hafal Fakta Dalam Subjek Sejarah? Ini Tips Mudah & Cepat...

Susah Nak Hafal Fakta Dalam Subjek Sejarah? Ini Tips Mudah & Cepat Untuk Bantu Anda

Subjek Sejarah adalah salah satu subjek yang memerlukan daya ingatan kuat dan pengetahuan am yang sangat luas

Pastinya ada sesetengah pelajar merasakan subjek ini sangat susah kerana perlu menghafal banyak fakta dan memerlukan masa yang lama untuk mengingati setiap bab.

Mana tidaknya, para pelajar juga perlu fokus kepada beberapa subjek lain untuk mendapatkan markah yang cemerlang.

Disebabkan itu, mereka perlu menjadi bijak untuk menguruskan masa bagi memastikan mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji kesemua subjek.

Berikut di bawah adalah antara tips yang anda boleh lakukan untuk belajar lebih efisien bagi subjek sejarah:

Gambar sekadar hiasan.
Image via Jadah Habis Duit Aku

1. Belajar topik yang sama tapi dengan cara yang berbeza

Gambar sekadar hiasan.
Image via Palekbang

Pasti anda selalu tertanya-tanya bagaimana untuk memastikan otak kita boleh mengingati sesuatu maklumat lebih lama bukan? Sebenarnya terdapat beberapa cara dan kaedah berlainan untuk merangsang otak.

Antaranya adalah dengan cara:

  • Menonton video mengenai sejarah
  • Membaca buku teks
  • Membuat latihan berulang kali
  • Membuat peta minda
  • Bersoal-jawab dengan rakan-rakan

2. Buat nota ringkas dan padatkan dengan maklumat yang diperolehi

Gambar sekadar hiasan.
Image via Astro Awani

Ini merupakan antara cara paling popular untuk menguasai sesuatu topik dengan cepat dan berkesan. Dengan cara ini, anda perlu menjadi lebih kreatif dan bijak supaya dapat meringkaskan dan memampatkan keseluruhan topik yang dipelajari.

Nota ini juga boleh digunakan pada saat-saat akhir sebelum bermulanya peperiksaan. Anda hanya perlu merujuk nota tanpa perlu membuka semula buku teks yang tebal. Tetapi, pastikan anda menulis segala fakta dan maklumat dengan betul.

3. Membaca subtopic tertentu sebelum guru mengajar

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita Harian (Facebook)

Jika dilihat kebanyakan pelajar suka menunggu cikgu yang memulakan sesuatu topik dulu daripada mencarinya sendiri.

Kalau diikutkan, adalah lebih baik jika anda yang membaca atau mencari maklumat terlebih dulu tentang topik tersebut sebelum diajar oleh cikgu. Dengan membacanya lebih awal, anda boleh kemukakan soalan yang kurang difahami kepada cikgu semasa sesi pembelajaran nanti.

Selain itu, ianya dapat membantu pelajar berasa lebih yakin dan seronok kerana mengetahui sesuatu topik itu terlebih dulu.

4. Lakukan proses ulangkaji secara berulang kali dan berterusan

Gambar sekadar hiasan.
Image via Harian Metro

Kaedah ini memerlukan anda untuk lebih mendisiplinkan diri bagi memastikan anda mengulang kaji topik yang dipelajari berulang kali. Contohnya, katakan minggu ini anda mengulang kaji bab 1 dan 2, ambil sedikit masa pada minggu depan pula untuk kembali membaca nota yang anda buat untuk bab-bab tersebut.

Proses ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk lebih mengingati dan menjadi lebih kuat untuk masa yang lama.

5. Cuba mengulang kaji beberapa subjek dalam masa sehari. Jangan hanya fokus pada satu subjek saja.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Palekbang

Rata-rata pelajar dilihat gemar memperuntukkan masa untuk mengulang kaji hanya satu subjek dalam sehari. Hal ini kerana mereka memberikan alasan untuk lebih fokus kepada subjek tersebut. Ternyata cara itu salah.

Sebenarnya, cara yang berkesan adalah dengan megulang kaji beberapa subjek dalam masa satu hari. Seperti contoh, waktu pagi anda mengulang kaji subjek Sejarah, petang pula Matematik.

Cara ini akan menjadikan otak anda ‘dipaksa’ untuk mencari pelbagai maklumat yang berbeza dalam tempoh satu hari. Proses ini dapat menguatkan lagi pemahaman dan penerimaan otak terhadap maklumat yang sedang dipelajari.

Semoga perkongsian tips di atas dapat membantu korang semua untuk lebih memahami subjek Sejarah 😀

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments