Wednesday, September 25, 2024
HomeNewsSet Eyeshadow Habis 'Dikerjakan' Anak Tetamu, Gadis Ini Dah Tegur Tapi Dia...

Set Eyeshadow Habis ‘Dikerjakan’ Anak Tetamu, Gadis Ini Dah Tegur Tapi Dia Pula Disalahkan

Siapa je tak berasa gembira bila terima kedatangan tetamu yang datang ke rumah kita bukan?

Tambahan pula jika yang datang itu merupakan kawan rapat atau sanak saudara, jadi makin meriah suasana di rumah dengan tawa riang dan gurau senda.

Namun ada kalanya timbul rasa kurang selesa apabila tetamu itu membawa anak kecil yang sudah semestinya tidak akan duduk diam dan menyebabkan masalah berlaku.

Itulah yang terjadi kepada gadis ini apabila nasib tidak menyebelahinya ketika dia menerima kehadiran tetamu di rumahnya. Videonya tular di laman TikTok dan mendapat perhatian ramai.

Lihat video tersebut di bawah:

@amelia_kusuma

##fypgaknih ##fypga

original sound – Amel

Eyeshadow pallete baru dibeli habis pecah dikerjakan oleh anak tetamu yang bermain beg tangannya

Menerusi rakaman yang dikongsikan oleh gadis tersebut, dia memberitahu ketika itu keluarganya menerima kedatangan tetamu yang dia tidak kenal. Mungkin itu adalah kawan kepada ibu atau bapanya.

“Jadi tadi keluarga aku baru lepas menerima kedatangan tetamu yang bawa anak kecil. Secara peribadinya, aku pun tak kenal diorang, cuma sekadar tahu je. Lepas tu aku nak pergi kerja, dah siap-siap semua”

“Aku letak handbag dekat kerusi tinggi yang tak mungkin budak kecil tu boleh capai. Aku terus pergi breakfast dulu, lepas aku datang balik tiba-tiba aku nampak eyeshadow pallete dah pecah. Mungkin dia teruja tengok bekas ni warna-warni seronok buat mainan”

“Ini aku baru je beli kirim dekat orang. Bila aku cakap dengan mak budak tu anak dia buat barang makeup aku jadi mainan,aku pula yang disalahkan sebab letak barang makeup dekat dengan budak kecil. Bukan salah anaknya,” katanya.

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

“Jawapan apa macam tu, bukannya nak minta maaf,” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang sehingga kini mencecah 2.2 juta views, 305.6K likes dan 4.1K comments di TikTok, rata-rata netizen turut berasa geram melihat perangai mak budak kecil itu yang membela anak tak kena tempat.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Image via @amelia_kusuma (TikTok)

Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa yang ada anak kecil ya. Take note parents!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments