Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bahasa isyarat merupakan bahasa yang indah dan sering digunakan oleh golongan ‘istimewa’
Bahasa ini merupakan satu kaedah komunikasi menggunakan pergerakan tangan, badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat.
Bahasa ini sering digunakan dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) seperti pekak atau tuli. Ini merupakan cara mereka untuk bertutur antara satu sama lain.
Apa yang lebih membanggakan ialah saudari Zetty Sufiyah ini tidak menjadikan kelainan upaya sebagai satu penghalang untuk mencari rezeki. Dia menggunakan bahasa isyarat untuk mempromosikan perniagaannya.
Lihat video penuh di bawah:
Terasa rendah diri dengan org macam ni, hebat nye dia buat live dengan music dia heheh, tak yah bayar pun RT untuk rezeki org.#akutakfamous pic.twitter.com/bMGwCrzWbb
— BENJIE (@Benjiee420) March 19, 2021
Wanita ini telah memberi inspirasi kepada orang ramai dengan tidak putus asa mencari rezeki menggunakan bahasa isyarat
Dalam video tersebut, wanita ini kelihatan bersemangat untuk mempromosikan produk-produk yang dijual melalui Facebook Live.
Apabila ditanya soalan oleh netizen atau pembeli, wanita berkenaan menjawab setiap soalan dengan bahasa isyarat termasuklah nama produk.
Terbukti bahawa kekurangan tidak menghalang seseorang untuk menjadi lebih rajin mencari rezeki.
Ketika artikel ini ditulis, posting ini telah berjaya meraih 30K retweets, 622 quote tweets dan 22K likes di Twitter
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati para netizen tersentuh dan terinspirasi dengan wanita ini. Mereka telah memberikan komen dan reaksi yang positif.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Semoga perkongsian ini membuatkan kita lebih bersemangat dan berinspirasi untuk meneruskan kehidupan! 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang