Semenjak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, pasti anda dapat melihat pelbagai jenis makanan yang viral dihasilkan untuk menampung sara hidup
Daripada makanan yang berat sehinggalah menjual kudapan, semuanya diilhamkan dengan pelbagai variasi tersendiri. Antaranya seperti chocojar, cookies, kerepek dan sebagainya.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila cara salah seorang seller menunjukkan bagaimana membuka penutup chocojar mengundang pertanyaan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Benar sekali kata pepatah bahawa “Perempuan itu complicated” Nak buka choco jar pun ada 5 steps pic.twitter.com/3hyv3mFsOE
— nuar (@sndkfm_) February 1, 2021
Guna cara yang complicated untuk buka penutup chocojar
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang menunjukkan cara membuka penutup botol chocojar.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah cara gadis itu yang dikatakan agak leceh untuk membuka penutup botol itu.
Dia dilihat menggunakan marker pun untuk melukis garisan pada penutup botol tersebut dengan teliti untuk membukanya. Dia juga menyarankan agar menggunakan pisau bagi memotong garisan berkenaan.
“Kenapa tak cari sudut dulu sebelum lukis garisan tu” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa hairan dengan cara gadis terbabit yang agak rumit untuk membuka penutup chocojar itu.
Malah, ada yang memberikan reaksi terhibur dan pening kepala melihat tutorial yang ditunjukkan dalam video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 430.5K views, 7.3K retweets dan 8.4K likes di Twitter.
Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Selepas melihat video ini saya terus keluar dan memukul siapa sahaja yang lalu didepan rumah saya
— (@syazoo_) February 2, 2021
My level of patience can’t even wait to finish this video. Tengok dia buat ni pun dah menguji kesabaran apa lagi nak apply 5steps tu wakakaka
— fatih (@fatiniqaaa) February 2, 2021
Terima kasih atas video ini. Sekarang saya dah tahu mcmcana nak buka chocojar. Lebih mudah dan pantas! It helps me to become a better person now n my life also has become so much better after watching this video
— noor (@noorsenis4) February 2, 2021
Kenapa tak cari sudut dulu sebelum lukis garisan tu
— َ (@far1shaa) February 2, 2021
Babih siap guna marker nak bukak chocojar je pun adumak i stress aku
— nepp (@hanief_ramli) February 1, 2021
Aq sebagai pompuan yg ulang video ni byk kali kat tiktok pon.. Tak paham.. Asal byk ngan step nk buka choco jar tu.. Ambik pisau tebuk.. Koyak.. Kan mudah..
— norizati husna (@uhusna71) February 2, 2021
selepas saya melihat video ini saya keluar rumah lalu termenung sendirian memikirkan tentang video tersebut
— king (@aimanhakiimi1) February 2, 2021
yang penting dia confident suruh buka dengan gunting walhal lebih senang dengan pisau
— ø (@fcklifeffs) February 2, 2021
nasib baik dia tak pakai pembaris
— aisya (@aisyahmazukii) February 2, 2021
Jangan main-main guys. Nak buka chocojar pun ada cara ya 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!