Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya kanak-kanak akan didendangkan dengan beberapa lagu supaya dapat membantu mereka untuk cepat tidur
Banyak lagu kanak-kanak popular yang kita boleh lihat sekarang contohnya seperti baby shark, twinkle twinkle little stars dan sebagainya untuk menarik perhatian mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang budak menangis kerana mendengar lagu twinkle twinkle little stars mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nangis sebab kena marah Nangis sebab tengok twinkle twinkle little star pic.twitter.com/zbENn2fuJw
— Fathie (@___farteees) June 11, 2021
Menangis sebab tengok video twinkle twinkle little stars
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak sedang melihat video lagu kanak-kanak popular iaitu twinkle twinkle little stars bersama ibunya.
Tetapi apa yang lebih menghiburkan adalah apabila sebaik saja si ibu memasang video lagu tersebut, anaknya itu mula menangis teresak-esak.
Kejadian itu membuatkan ibunya pelik mengapa anaknya menangis selepas dia memasang lagu berkenaan. Rupa-rupanya kerana terdapat babak sedih iaitu seekor burung hantu dilihat terpaksa meninggalkan kawannya iaitu bintang lalu naik ke atas awan.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
Memang betul lah sedih Video: twinkle twinkle little star by super simple learning pic.twitter.com/YRn4bQTj41
— Fathie (@___farteees) June 11, 2021
“Dia sedih tu burung hantu naik atas awan, haha” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak itu. Malah, ada juga yang turut berkongsi situasi sama apabila anak mereka menangis selepas melihat beberapa cerita.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 265.7K views, 11.3K retweets dan 16.9K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Anak i nangis sebab lagu rindu by didi & friends tu. Beria2 nangis. I gelak jela. Haha
— Momster IshIsh (@RynaNailas) June 12, 2021
Kalau twinkle twinkle version ni, kita yang tua ni pun syok layan. Part perpisahan dia sadisss
— Syahir (@syahirrr) June 12, 2021
dia sedih tuh burung hntu tuh naik atas awan haha
— muizz (@mohd_muiiz) June 12, 2021
Saya pun dengar twinkle star boleh nangis. Lagu tu something la
— EunJin Moon (@RafhanTsui) June 12, 2021
ngl first aku tengok video ni pun aku nangis, vid ni macam kau keseorangan and kau bayangkan kawan khayalan kau hangout ngan sebab takda kawan irl n bila bangin dari tidur dorang dah takda hahahah
— ellysa (@ellysahamdan) June 12, 2021
Anak i akan nangis kalau dengar lagu didi yang “Happy bear jangan menangis, ibu ada tersenyum manis…” Terus banjir
— Puan Bunga Takaful (@SmileyChibi) June 12, 2021
Kids are the cutest. They get touched by the simplest things. Awww….
— Life Apart From Cutting | (@WoodRatInScrubs) June 12, 2021
Taktahu lah kenapa tapi anak pun sama sedih bila tengok video niii lain macam sss ni kacau emosi anak
— Pea (@zafiramey) June 12, 2021
Tersentuh hatiii klip vdeo tuh. Pandai menjiwai sungguh.
— mz (@NurMazniZahiah) June 12, 2021
Alahai, kecil-kecil dah pandai emosi ya dik :’)
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik