Wednesday, November 6, 2024
HomeNewsRambut Kusut & Rosak? Ini 10 Tips Penjagaan Rambut Di Rumah Supaya...

Rambut Kusut & Rosak? Ini 10 Tips Penjagaan Rambut Di Rumah Supaya Kelihatan Lebih Sihat

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua orang ingin memiliki rambut yang sihat dan cantik tidak kira lelaki atau perempuan. Penjagaan rambut sememangnya tidak mudah dan memerlukan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan

Image via GIPHY

Rambut anda sering gugur? Rambut kelihatan kasar dan kusam? Rambut berminyak dan kulit kepala gatal? Ahh, stresnya!

Katakan tidak kepada rambut berminyak, rambut gugur, rambut kusut dan kasar. Rambut memainkan peranan yang penting kepada rupa paras seseorang.

Sebab itu kita perlu menjaga rambut supaya kelihatan sihat tak kira perempuan atau lelaki, bertudung atau tidak bertudung.

You ready? Jom ketahui rahsia penjagaan rambut yang sebenar. Hasilkan rambut yang cantik dan bersinar hanya dari rumah sahaja!

Ini 10 tips penjagaan untuk rambut anda supaya kelihatan lebih sihat:

1. Penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda

Gambar sekadar hiasan.
Image via Wanista

Pertama sekali, anda perlu kenali jenis rambut anda. Setiap jenis rambut memerlukan syampu yang berbeza. Penggunaan syampu yang tidak mengandungi sulfate, sodium laureth sulfate dan paraben lebih baik untuk rambut. 

Cara untuk membasuh rambut: 

  • Basahkan rambut dengan air suam atau air sejuk 
  • Gunakan 1/4 syampu daripada saiz tapak tangan anda
  • Gosok dan urut kepala perlahan-lahan dan fokuskan di bahagian kulit kepala
  • Bilas 

Jangan gunakan air yang terlalu panas kerana air panas akan merosakkan akar rambut. Gunakan suhu yang sesuai dengan kulit kepala. 

2. Gunakan conditioner untuk hasilkan rambut yang halus

Gambar sekadar hiasan.
Image via Info Type

Perapi rambut membolehkan rambut anda kelihatan lurus dan bebas kusut. Tak perlu menggunakan dengan kuantiti yang banyak kerana ia berminyak. 

Cara untuk memakai conditioner

  • Gunakan 1/4 perapi daripada saiz tapak tangan anda
  • Letakkan di bahagian hujung rambut 
  • Biarkan 2 hingga 3 minit
  • Bilas 

Jangan sesekali terkena kulit kepala kerana ia akan menyebabkan kulit kepala and makin berminyak. 

3. Gunakan hair mask 2 kali seminggu

Gambar sekadar hiasan.
Image via Healthline

Hair mask berfungsi untuk melembutkan rambut dan mengurangkan rambut yang kusut. Bukan itu saja, ia juga dapat dapat mengurangkan kerosakan pada rambut. Selepas pakai hair mask, anda boleh cuba sisir rambut guna jari! 

Cara untuk guna hair mask

  • Sapukan hair mask di seluruh rambut 
  • Sapukan hair mask selepas syampu rambut dan sebelum conditioner

4. Hair serum atau minyak rambut boleh mengurangkan kusut

Gambar sekadar hiasan.
Image via Her Zindagi

Penggunaan hair serum atau hair oil membantu rambut tampak kelihatan lebih terurus dan tidak kusut, terutamanya di bahagian bawah rambut. Bahagian bawah rambut selalunya bercabang bukan? 

Cara untuk guna hair serum atau hair oil

  • Titiskan 2 hingga 3 minyak rambut dan sapukan bahagian hujung rambut 

Jangan terkena kulit kepala juga ya! 

5. Penggunaan hair tonic untuk rambut yang lebih kuat

Gambar sekadar hiasan.
Image via Gaya Rambut

Penggunaan hair tonic ini untuk melebatkan lagi rambut. Sesiapa yang sering gugur rambutnya juga disarankan untuk memakai hair tonic supaya rambutnya lebih kuat dan kukuh. Say no more to rambut gugur! 

Cara untuk guna hair tonic

  • Gunakan selepas mengeringkan rambut menggunakan tuala 
  • Letakkan hair tonic pada kulit kepala mengikut garisan kepala 
  • Gosok dan urut kulit kepala dengan perlahan-lahan 

6. Sikat rambut sebelum syampu untuk mengurangkan kerosakan rambut

Gambar sekadar hiasan.
Image via WOM

Sikat rambut anda sebelum basuh supaya rambut anda lebih terurus dan tidak kusut apabila hendak disikat nanti. Untuk rambut yang kusut dan rosak, pastikan anda menyikat rambut semasa rambut anda basah. 

Penggunaan sikat yang betul juga perlu dititikberatkan. Misalnya, sikat yang bergigi jarang sesuai digunakan untuk rambut yang beralun. 

7. Jangan overheat rambut

Gambar sekadar hiasan.
Image via SPY

Kebanyakan orang suka stylekan rambut, tetapi jangan lupa kurangkan tahap kepanasan peralatan rambut itu. Perkara ini disebabkan rambut akan menjadi rosak dan mudah putus akibat suhu yang terlalu panas. Begitu juga dengan blow dry rambut, tetapkan suhu yang paling rendah sahaja. 

8. Amalkan cara ikat rambut yang betul

Gambar sekadar hiasan.
Image via Hijabista

Jangan mengikat rambut terlalu ketat sehingga rambut tertarik. Lama-kelamaan, rambut anda akan jadi gugur dan rapuh. Pemilihan getah rambut yang berkain lembut juga merupakan salah satu langkah penjagaan rambut supaya rambut anda tidak rosak. Bahan pengikat seperti bahan logam akan menyebabkan rambut tersangkut. 

9. Trim bahagian hujung rambut anda

Gambar sekadar hiasan.
Image via Face to feet

Untuk mengelakkan hujung rambut lebih bercabang, lebih baik dipotong. Dengan cara ini, rambut anda kelihatan lebih sihat. Jika tak confident dengan pemotongan sendiri, anda boleh pergi ke salon rambut. 

10. Tidur dengan kain bantal jenis silk

Gambar sekadar hiasan.
Image via Shopee

Berbantalkan kain jenis silk ini akan mengurangkan pergeseran rambut semasa tidur. Ini akan mengurangkan kemungkinan untuk rambut menjadi kusut dan rapuh selepas bangun daripada tidur. 

Tunggu apa lagi guys, jom jaga rambut supaya nampak lebih sihat dan terurus. Flip hair!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel yang menarik di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments