Selepas hampir dua bulan, kini tiba giliran pawagam pula dibenarkan untuk beroperasi semula
Ianya susulan kenyataan yang dimuat naik oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) semalam, memaklumkan bahawa operasi pawagam di semua kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kembali dibenarkan.
Menurut FINAS, pengumuman tersebut dibuat merujuk kepada keputusan MKN yang dimaklumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media PKP semalam.
Ini bermakna kesemua pawagam di Malaysia (kecuali di kawasan PKPD) kini sudah boleh memulakan operasi mereka selewat-lewatnya 5 Mac ini memandangkan baki 4 negeri (Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang) yang masih melaksanakan PKP akan berakhir pada tarikh tersebut.
Berikut di bawah adalah antara senarai filem yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia:
1. Raya and the Last Dragon
2. Demon Slayer
3. Mugen Train
4. Stand By Me Doraemon 2
5. Monster Hunter
6. Don’t Look Back
7. The Con-Heartist
8. Godzilla vs. Kong
9. End Game
10. MASTER
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!