Thursday, September 19, 2024
HomeNewsPanduan Mudah Membaca Al-Quran & Hukum Mad Oleh Allahyarham Dr Wan Hassan

Panduan Mudah Membaca Al-Quran & Hukum Mad Oleh Allahyarham Dr Wan Hassan

Umum sedia maklum, mengenai kejadian yang menimpa Allayarham Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, yang maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya, Bangsar pada hari Ahad lalu

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, rumah dihuni mangsa dan isterinya, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya pula cedera parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Walau bagaimanapun, sebelum Allahyarham meninggal dunia ada menyusun manuskrip Panduan Mudah Membaca al-Quran ketika beliau masih hidup

Menurut sumber, Kautsar Abdul Rahman memberitahu pak ciknya itu ada menyusun manuskrip Panduan Mudah Membaca al-Quran sebelum beliau meninggal dunia.

Tambahnya lagi, dia juga turut memuat naik Google Drive link di laman Facebook miliknya, bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajarinya.

“Semoga ia menjadi bekalan amalan buat arwah Uncle Hassan dan moga Allah menempatkan beliau di Jannah-Nya.” katanya.

Untuk anda yang ingin memuat turun dan melihat sendiri Panduan Mudah Membaca Al-Quran ini, boleh saja klik di sini!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments