Thursday, November 14, 2024
HomeNews“Nasib Baik Sayang” - Suami Bebel Si Isteri Suka Letak Jarum Peniti...

“Nasib Baik Sayang” – Suami Bebel Si Isteri Suka Letak Jarum Peniti Dekat Seat Kereta

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya sebelum keluar rumah, orang perempuanlah yang akan bersiap paling lama

Dari make up sampailah ke pakai tudung, kadangkala ianya mengambil masa berjam-jam. Para suami pula pasrah menunggu si isteri sibuk berdandan untuk kelihatan cantik dan perfect.

Namun, sudah menjadi tabiat hampir kesemua perempuan suka meninggalkan jarum peniti di tempat duduk kereta akibat terlupa.

Tidak terkecuali dengan seorang wanita ini apabila video yang dikongsi oleh suaminya mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rajazulyadiy

Hahhhhhh nasib sayang kalau tak dah kena gigit !! ##fyp

tak boleh tak boleh – Lux

Sibuk betulkan tudung dalam kereta, isteri kantoi dengan suami cucuk jarum peniti dekat seat

Menerusi video yang dimuat naik oleh Raja Zulyadiy, kelihatan dia sedang merakam isterinya membetulkan tudung di dalam kereta.

Namun, isterinya kantoi apabila si suami ternampak jarum peniti yang disemat pada seat penumpang. 

“Wah wah wah, ini baru satu. Nanti lagi banyak, ada dua tiga empat eh. Perangai eh, perangai eh,” bebel suaminya.

Wanita itu sempat menjawab yang dia cuma tumpang letak kejap saja membuatkan suaminya tergelak kecil di hujung video tersebut.

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

“Ingatkan aku sorang je macam ni, sekali letak dekat tilam. Nak tidur, zapppp kena lutut. Panjang pula tu, parut tu masih ada” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 846K views, 63.9K likes dan 505 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen dapat relate dengan situasi tersebut dan ada yang turut berkongsi kisah malang mereka gara-gara meletakkan jarum peniti merata tempat.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Image via @rajazulyadiy (TikTok)

Baik mengaku, mesti ramai yang buat macam ni juga kan suka cucuk jarum peniti dalam kereta lepas tu lupa letak dekat mana 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments