Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam sesebuah hubungan, ia memerlukan kesetiaan daripada kedua belah pihak supaya tidak mudah diganggu orang ketiga
Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini apabila dia memuat naik gambar surat mohon rentas negeri milik rakannya kerana alasan mahu menangkap isterinya berlaku curang.
Menerusi satu posting yang dimuat naik di akaun Twitter @AimanAfiq_s itu memaparkan bukti surat rentas negeri rakannya yang mahu menangkap isterinya bercinta dengan lelaki lain mendapat kelulusan dari balai polis berkenaan.
Menurutnya, kejadian tersebut benar-benar terjadi dan dia sudah pun meminta izin rakannya untuk menularkan cerita tersebut di laman Twitter.
“Benda ini memang jadi ya kawan-kawan. Saya sudah minta izin pemilik surat ini untuk ditularkan di laman Twitter. Setelah selesai kejadian tersebut, kawan saya nampak lebih tenang,” ujarnya.
Lihat ciapan penuh lelaki itu di bawah:
Image via @AimanAfiq_s (Twitter)
“Nak tulis sebab rentas negeri tu pun dah berkecai hati seorang lelaki.. Allahu” – Netizen
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata pengguna laman Twitter menyokong dan ada yang turut sama berkongsi pengalaman mereka yang dicurangi ketika berkahwin.
Ketika artikel ini ditulis ciapan tersebut telah pun meraih lebih 4.5K retweets, 4.3 likes dan 500 comments.
Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Twitter:
Aku pernah alami dulu.. Memng tak tenang hati ni… Baik perempuan mahupun lelaki curang tu tak kira siape. Sebb tu setia itu mahal. Tapi ramai yang rugi kerana curang ni. Kahwin disebabkan nafsu dan harta tak kemaneBaik kite same2 betulkn niat kite same2 mulai sekrg.
— Azlan Shah (@TengkuAzlanSha2) June 27, 2021
X masalahnya laki lain tuh kenapa nk bercinta dgn pompuan tuh? Dia kan wife org.. mesti pompuan tuh x curang kalo bkn sbb laki tuh ngayat dia.. #donesalahkanlaki
— Anne Warad (@AnneWarad) June 26, 2021
Sama kes kwn aku smlm dia cerita.Bini kantoi ada skandal dgn lelaki lain.klau jadi kt lelaki msti kecoh1 kg tp jd kt perempuan ramai senyap je
— AngryBird (@AngryBirdy84) June 26, 2021
Nak tulis sebab rentas negeri tu pun dah berkecai hati seorang lelakiAllahu
— Afiq (@Afiq60173663) June 27, 2021
Kita nak panggil perempuan ni apa kaum lelaki sekaliannnmn????MAKE SOME NOISEEEEE!!!
— medusaaa (@thegreatmed) June 27, 2021
Perhh laki2 kat comment terus tak bagi chan lagi eh kehkehkeh
— Macija (@RosehasnizaR) June 27, 2021
Utk kes kwn awok ni bro, semoga dipermudahkan urusan kwn tu, diharap kwn awok tu dpt kebenaran dan keadilan.Bg kat luar tu kompom kata “laki tu la salah, laki tu la itu, ini, gitu, laki semua sama, laki xguna”Kompommmmmmm
— H!k@¥@7 (@hikayat_yat) June 27, 2021
pkp lama sgt utk org pkj..sampai lupa pernah ada suami
— natasha ismail (@noornatasha91) June 26, 2021
Sebab tu pkp ni kerajaan kena bagi kebenaran untuk pasangan pjj, kita yang bujang tak boleh rasa tak adil sebab tak dapat balik kampung. Lain situasi antara pasangan suami isteri dengan lain ye, bukan sebab nafkah tapi sebab cepat sikit tangkap perangai binatang macam ni
— ayoi (@azrulnasarudin) June 27, 2021
Dah boleh cakap ‘Perempuan semuanya sama’ ke? Kalau tak boleh, begitu jugalah sebaliknya.
— Naim Zaini (@naimbinzaini) June 27, 2021
Isteri curang termasuk dalam perbuatan nusyuz. Jumhur ulama’ menyatakan isteri yg nusyuz tidak wajib diberikan nafkah. Sumber : https://t.co/kMS8wkRjK3
— Fitri (@fitriazmann) June 27, 2021
Untuk kaki curang dan penyondol. pic.twitter.com/5RDIMgjNpi
— Hafizh (@iampitaloka) June 27, 2021
Semoga si suami tabah menghadapi ujian dan dugaan ini serta segala urusan beliau dipermudahkan. Amin Ya Rabbal Alamin!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik