Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa je yang tak suka dapat kejutan bukan? Tambahan lagi jika ianya kejutan sempena hari jadi anda
Kebiasaannya kejutan hari jadi pasti akan diraikan dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Ada yang mengunakan perancang perkhidmatan hadiah untuk membuat kejutan.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki mendapat kejutan hadiah yang diberikan maskot mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@d_mass Bila wife suprise husband
Maskot cuba nak peluk, tapi si suami pula elak lari
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita membuat kejutan kepada suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah.
Dia kemudian mengenakan pakaian kostum Minnie Mouse untuk dihantar sendiri kepada suaminya. Sebaik saja menghulurkan jambangan bunga duit dan belon, Minnie Mouse itu menunjukkan reaksi seperti mahu peluk.
Walau bagaimanapun, si suami yang tidak mengetahui siapa di sebalik kostum berkenaan terus mengelak daripada dipeluk. Tetapi tidak lama kemudian, maskot itu pun membuka kepala kostum terbabit dan dia terkejut melihat rupa-rupanya si isteri yang melakukan kejutan tersebut.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
@d_mass Part 2.Alhamdulillah..
“Nampak dah kesetiaan dia sampai lari takut, semoga bahagia” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terharu melihat pasangan tersebut.
Malah, ramai yang menyifatkan si suami seorang yang setia kerana tahu batasnya. Ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 119.1K views, 5,820 likes dan 337 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Bagusnya suami dia, terus lari sebab tak nak kena peluk ya 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!