Saturday, November 16, 2024
HomeNewsLawa & Unik, Ini Senarai Tempat Makan 'Hipster' Di Kuala Lumpur Yang...

Lawa & Unik, Ini Senarai Tempat Makan ‘Hipster’ Di Kuala Lumpur Yang Korang Wajib Terjah!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kuala Lumpur merupakan bandar metropolitan yang menjadi tumpuan ramai orang

Jika korang singgah di sekitar bandar Kuala Lumpur, sudah semestinya banyak aktiviti dan tempat menarik korang boleh kunjungi.

Bukan saja tempat menarik, malah kafe-kafe di sekitar bandar Kuala Lumpur juga menjadi tumpuan kerana keunikan dan keestetikan konsep yang diterapkan kafe tersebut.

Tambahan lagi buat korang yang sukakan suasana kafe unik untuk bergambar. Memang sesuai untuk instagrammable! Ini antara kafe menarik yang patut korang terjah di Kuala Lumpur:

1. Pokok KL

Image via Tripadvisor

Kafe ini terletak di kawasan MAHSA College Kuala Lumpur. Ia merupakan kafe yang terkenal dan sering menjadi tumpuan ramai. Bukan itu saja, kafe ini berkonsepkan glasshouse yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau. Love the nature!

Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, Off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi hingga 8 malam)

Instagram: @pokok.kl

2. Kafe Kleptokrat

Image via The Food Bunny

Kafe ini menjadi semakin popular disebabkan suasananya yang luar biasa. Walaupun design kafe dari luar kelihatan seperti kedai biasa, tetapi korang pasti akan terkejut dan teruja apabila lihat interior design kafe ini.

Kafe ini terdapat sebuah kolam ditengah-tengah. Apa yang menarik, bangunan ini sudah berusia lebih daripada 100 tahun! Lepak di sini tentunya memberikan vibes seperti kafe luar negara.

Alamat: 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi hingga 8 malam)

Instagram: @kafe_kleptokrat

3. Jibby East

Image via Zomato

Kafe ini merupakan antara kafe hipster yang terkenal di KL. Selain makanannya yang sedap, port bergambar di sini juga sangat cantik dan menarik. Sesuai untuk korang dan kawan untuk dijadikan port lepak.

Alamat: Sunway Montana (U/C), 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi hingga 10 malam)

Instagram: @jibbyeastteam

4. Dotty’s Pastries & Coffee

Image via Pearls and Jasmine

Jika korang seorang penggemar pastri tegar, di sinilah jawapannya. Kafe ini sangat terkenal dengan menu pencuci mulutnya yang sangat enak. Terdapat pelbagai pilihan pastri yang korang boleh pilih dengan harga berpatutan.

Alamat:  20, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi hingga 10 malam)

Instagram: @mydottys

5. Merchant’s Lane

Image via Tripadvisor

Kafe ini juga merupakan antara salah satu kafe hipster dan port lepak yang best di KL. Selalu mendapat sambutan ramai lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Memang penuh tempat duduk! Kafe di sini juga menyajikan selera tempatan dan barat.

Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, hari minggu (11.30 pagi – 10 malam) manakala hujung minggu (9.30 pagi – 10 malam)

Instagram: @merchantslane

6. Urban Artisan

Image via Travel Malaysia

Urban Artisan merupakan kafe yang berasal daripada Penang. Kafe ini sangat terkenal dengan aiskrim mereka yang unik dan pelbagai! Bukan itu saja, korang boleh cuba aiskrim premium mereka iaitu Green Tea, De Mango Mango dan French Valrhona Cocoa, best seller dekat sini!

Alamat: 149, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (12.30 tengah hari hingga 6 petang)

Instagram: @urbanartisan_official

7. Little Rimba

Image via Uppre

Susah sebenarnya nak cari kafe hipster yang menyajikan menu tempatan kerana kebanyakannya menyediakan sajian barat. Tetapi, tidak dengan kafe ini kerana ia banyak menyediakan pelbagai menu tempatan kesukaan korang. Dekorasi kafe ini juga sangat menarik. Jadi apa tunggu lagi? Jom singgah!

Alamat: No1, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin (7.30 pagi hingga 6.30 petang)

Instagram: @little rimba

Hujung minggu ni boleh plan dengan kawan-kawan korang. Nampak best semua tempat ni 😀

via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments