Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan, hanya senarai perkhidmatan ini sahaja dibenarkan untuk beroperasi berdasarkan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri dan Tan Sri Dr Noor Hisham
Image via Berita RTM (Facebook)
Keputusan kerajaan mengumumkan lockdown ini diharap dapat membantu melandaikan lekuk peningkatan kes Covid-19.
Ternyata, langkah yang diambil ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun demi kesejahteraan rakyat Malaysia, semua diseru untuk memainkan peranan masing-masing untuk melawan wabak ini.
1. Semua aktiviti ekonomi dan sosial dihadkan untuk sementara waktu. Berikut di bawah merupakan beberapa ekonomi ‘perkhidmatan perlu’ yang dibenarkan beroperasi:
Makanan dan minuman
Penjagaan kesihatan dan perubatan
Perniagaan dan klinik haiwan atau veterinar
Keselamatan
Pengurusan sisa pepejal
Pengangkutan darat, air, udara
2. Semua sektor perkilangan tidak dibenarkan. Hanya dibuka untuk beberapa kategori sahaja dan dihadkan kepada 60% yang bekerja.
3. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan dibenarkan
4. Kompleks beli-belah ditutup kecuali kedai-kedai yang berkaitan seperti groceries. Pasar raya dan hypermarket dibenarkan kepada bahagian makanan dan keperluan asas sahaja. Kedai runcit, serbaneka, farmasi, dan penjagaan diri dibenarkan.
5. Restoran, gerai, penjaja di tepi jalan dibenarkan untuk bungkus dan penghantaran sahaja
6. Dobi dibenarkan termasuk layan diri
7. Kedai cermin mata atau optik dibenarkan
8. Kedai hardware
9. E-dagang
10. Pasar harian (6 pagi hingga 2 petang)
11. Tadika dan taska tidak dibenarkan kecuali frontliners, dan ibu bapa yang bekerja
12. Jogging dan senaman secara persendirian dibenarkan
13. Hanya 2 orang satu kereta boleh keluar rumah untuk membeli barang keperluan makanan dan ubat-ubatan
14. Pergerakan tidak melebihi 10KM
15. Hotel dan penginapan dibenarkan beroperasi hanya bagi tujuan kuarantin
16. Rentas negeri, daerah bagi pasangan jarak jauh tidak dibenarkan dalam tempoh ‘lockdown’ fasa pertama
Bagi sektor perkilangan pula, semua sektor perkilangan adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali sektor (dihadkan 60% kapasiti pekerja):
17. Semua surat perjalanan bekerja dikeluarkan MITI berkuat kuasa sehingga 31 Mei sahaja. Mulai 1 Jun, surat kebenaran bekerja dan rentas daerah dikeluarkan kementerian berkaitan.
Semua aktiviti perniagaan ini terpakai bermula jam 8 pagi hingga 8 malam di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut anda boleh baca senarai SOP PKP di laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik