Umum sedia maklum, mengenai kelonggaran kerajaan dalam mengambil keputusan untuk membenarkan pergerakan rentas daerah dan negeri di seluruh negara bermula hari ini
Begitupun, ramai rakyat Malaysia yang masih keliru dengan kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bermula 7 Disember yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.
Oleh itu, penulis ingin senaraikan beberapa perkara penting dan fakta yang anda perlu tahu tentang rentas daerah dan negeri berkuat kuasa bermula hari ini.
1. Tiada lagi sekatan jalan raya oleh pihak polis
Image via Astro Awani
Pihak polis tidak lagi akan melakukan sekatan jalan raya mulai 7 Disember, tetapi memfokuskan kepada pematuhan SOP (prosedur operasi standard).
Justeru, anda diingatkan untuk menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan.
2. Boleh bergerak tanpa kebenaran polis kecuali keluar atau masuk kawasan PKPD
Image via Sinar Harian
Anda tidak perlu lagi mendapatkan atau muat turun borang kebenaran rentas daerah dan negeri daripada pihak polis.
Kini anda boleh saja merentas daerah dan negeri di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
3. Penumpang mestilah mematuhi had kapasiti tempat duduk
Image via Google
Semua kenderaan kini dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing.
Walaupun pergerakan rentas negeri dan daerah sudah dibenarkan, namun aktiviti berkaitan pelancongan akan diputuskan kemudian selepas perbincangan dibuat dengan Kementerian Pelancongan.
Berikut di bawah adalah senarai kawasan yang dikenakan PKPD setakat 5 Disember 2020:
Tonton video penuh pengumuman oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini:
Ingat, kita masih belum menang! Sentiasa patuhi SOP dan amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!