Wednesday, November 27, 2024
HomeNewsIni Cara Hasilkan Ikan Pari Bakar Tanpa Arang Di Rumah. Sama Seperti...

Ini Cara Hasilkan Ikan Pari Bakar Tanpa Arang Di Rumah. Sama Seperti Ikan Bakar Di Kedai!

Ikan bakar sambal dengan perahan limau… Fuh, dapat bayangkan tak kalau makan ikan manis pedas dan masam. Sedapnya, lapar dah ni…

Image via Resepi mudah

Tak kira makan dengan nasi atau ratah sahaja, sedapnya memang tak terhingga. Perah sikit limau tu, fuh lengkap! Ikan bakar yang selalu kita jumpa masak menggunakan arang kan? Jangan risau, tak perlu sediakan arang dan bakar ikan di luar rumah. Anda hanya perlukan dapur rumah, jom check out resepi yang dikongsikan oleh Rafiza Idayu. 

Bahan-bahan:

  • 30 biji cili kering (direbus)
  • 3 batang serai
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lengkuas
  • 1 sudu kecil belacan
  • Limau kasturi
  • Sedikit asam jawa
  • Ikan Pari
  • Daun pisang
  • 3 sudu teh gula
  • 2 sudu teh gula merah
  • Garam secukup rasa

Image via Rafiza Idayu (Facebook)

Cara penyediaan:

1. Kisarkan cili kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam blender.

Image via Rafiza Idayu (Facebook)

2. Kemudian masukkan lengkuas, belacan dan air asam jawa. Seterusnya, perasakan dengan garam, gula dan gula merah. Kisar sehingga sebati.

Image via Rafiza Idayu (Facebook)

3. Masukkan sedikit air. Pastikan pes pekat dan tidak cair. 

Image via Rafiza Idayu (Facebook)

4. Dengan menggunakan api kecil, letakkan sedikit minyak. Kemudian, letakkan daun pisang atas kuali. 

Image via Rafiza Idayu (Facebook)

5. Sususkan Ikan Pari atas daun pisang. Kemudian, letakkan pes sambal yang dikisar tadi ke atas ikan. Terbalikkan ikan dan ratakan pes ke atas ikan. 

Image via Rafiza Idayu (Facebook)

6. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tutupkan kuali. Masak selama 15-20 minit.

Image via Rafiza Idayu (Facebook)

Ta-daaa siap dah ikan bakar. Tanpa arang pun boleh jadi seperti ikan bakar di kedai tau…

Image via Rafiza Idayu (Facebook)

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Inginkan resepi ikan yang lain?

Jangan ketinggalan untuk ketahui resepi viral baru-baru ini:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments