Friday, October 4, 2024
HomeNewsIni 4 Idea Resepi Breakfast Ringkas, Unik & Berkhasiat. Wholesome & Delicious!

Ini 4 Idea Resepi Breakfast Ringkas, Unik & Berkhasiat. Wholesome & Delicious!

Haih… bosan je kan makan sarapan pagi sama je setiap hari?

Image via GIPHY

Telur hancur, roti canai, nasi lemak – semuanya memanglah sedap, tetapi siapa je tak akan rasa jelak jika makan ni je every single day!

Apa kata kita tukar sikit menu breakfast kita sekali sekala? Lagi-lagi kita semua kan ada banyak masa lapang di rumah, bolehlah kita eksperimen sikit di dapur. ;P 

Hari ini, kami nak ajar anda untuk membuat hidangan-hidangan breakfast yang bukan sahaja unik dan senang nak buat, malah sangat sedap dan berkhasiat! Easy peasy lemon squeezy.

Jom tengok video di bawah untuk pelajari 4 resepi breakfast berkhasiat dan unik ini:

Untuk resepinya pula, boleh lihat di bawah:

1. Crispy French Toast

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 2 telur
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 sudu besar susu penuh lemak
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 100 gram NESTLE FITNESSÉ Cereal
  • 2 keping roti putih

Cara-cara:

1. Masukkan telur, ekstrak vanila, susu dan serbuk kayu manis ke dalam satu mangkuk. Pukul sehingga sebati.

2. Dalam satu pinggan, masukkan NESTLÉ FITNESSE Cereal dan hancurkan.

3. Potong roti kepada separuh, menjadi bentuk segi tiga.

4. Celup roti ke dalam bancuhan telur. Kemudian, salut roti dengan cereal yang telah dihancurkan tadi.

5. Goreng roti menggunakan api perlahan sehingga warna bertukar menjadi keperangan.

Crispy Frech Toast all done! Nikmati hidangan ini bersama fresh fruits seperti strawberi dan blueberi, dan juga sedikit madu.

2. No-Bake Energy Balls

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan mentega kacang
  • 1/4 cawan madu
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 10 gram dried cranberries
  • 20 gram cip coklat semi-sweet
  • 1 cawan NESTLÉ FITNESSE Granola Oats

Cara-cara:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan mentega kacang, madu, dan ekstrak vanila. Gaul sehingga sebati.

2. Masukkan NESTLÉ FITNESSE Granola Oats, oats, dried cranberries dan cik coklat semi-sweet. Gaul sehingga rata.

3. Sejukkan adunan selama 1 jam. Bulatkan adunan menjadi bebola kecil.

Energy balls sudah siap! Make sure simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.

3. Granola Fruit Cups

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan rolled oats
  • 1 cawan NESTLÉ FITNESSE Granola Oats
  • 1/4 cawan madu

  • Yogurt secukupnya
  • Buah-buahan secukupnya

Cara-cara:

1. Dalam satu mangkuk, masukkan rolled oats, NESTLÉ FITNESSE Granola Oats dan madu. Gaul sehingga rata.

2. Sapukan loyang muffin non-stick dengan sedikit minyak.

3. Masukkan campuran oats, granola dan madu. Tekan menggunakan objek kecil supaya menjadi bentuk cups.

4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C – 210°C selama 12 minit. Keluarkan dan sejukkan sepenuhnya.

Granola cups sudahpun siap dan boleh dinikmati bersama yogurt dan buah-buahan kegemaran anda!

4. Banana Breakfast Jar

Image via Seismik Makan

Bahan-bahan:

  • NESTLÉ FITNESSE Cereal
  • Cip coklat semi-sweet
  • Yogurt
  • Pisang
  • Kacang walnut

Cara-cara:

1. Dalam mason jar, lapiskan NESTLÉ FITNESSE Cereal, cip coklat semi-sweet, yogurt, pisang dan kacang walnut.

2. Ulang kesemua lapisan sehingga mason jar penuh.

Banana breakfast jar done, senang kan? Simpan dalam peti sehingga hendak dinikmati.

Takda masa nak sediakan breakfast? No problem! Anda masih boleh lagi bersarapan dengan NESTLÉ FITNESSE Flakes dan Granola Oats!

Image via NESTLE

Anda boleh pilih daripada enam variasi NESTLÉ FITNESSE Flakes dan Granola Oats. Kesemuanya sangat sedap dengan kombinasi perisa yang unik dan pasti akan menggamit selera.

Bukan sahaja enak, NESTLÉ FITNESSE Flakes dan Granola Oats juga sangat berkhasiat kerana hanya diperbuat daripada gandum penuh dan bahan-bahan semula jadi.

Anda boleh menikmatinya begitu sahaja, ataupun boleh juga dimakan bersama susu atau yogurt. Nak hidangan lagi spesial? Boleh je gunakan NESTLÉ FITNESSE Flakes dan Granola Pats untuk level-up kan lagi masakan anda! It’s all up to your creativity. 

Anda boleh dapatkan info tambahan tentang Nestlé FITNESSE Flakes dan Granola Oats di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi breakfast sedap di bawah:

Dapatkan banyak tips dapur di sini:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments