Monday, September 23, 2024
HomeNewsHanya Serendah RM1, Anda Kini Boleh Nikmati Koleksi Filem Tempatan Di Tonton...

Hanya Serendah RM1, Anda Kini Boleh Nikmati Koleksi Filem Tempatan Di Tonton Cinema

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sering ketinggalan dengan filem-filem popular Melayu?

Jangan risau, kini dengan adanya aplikasi terbaru ini anda tidak lagi akan terlepas koleksi filem kegemaran tempatan!

Media Prima Berhad baru-baru ini telah melancarkan aplikasi Tonton Cinema pada 14 Mac yang lalu. Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan penstriman filem secara pay per view.

Terdapat pelbagai filem yang pernah pecah panggung ditawarkan melalui aplikasi ini. Aplikasi tersebut tidak memerlukan langganan anda setiap bulan. Anda cuma perlu, pilih filem yang hendak ditonton dan bayar sahaja.

Image via Tonton Cinema

Tiada yuran bulanan, bayar apa yang anda tonton. Nikmati filem dengan harga promosi RM1!

Untuk menyewa filem, anda dikehendaki mendaftar akaun untuk pembayaran secara dalam talian. Setiap filem yang telah disewa boleh diakses selama 48 jam selepas pembayaran selesai dilakukan.

Selain itu, sebelum memilih filem, anda juga diberikan akses untuk menonton 3 minit terawal tentang filem tersebut. Wah, bestnya siap dapat tengok trailer dulu!

Bila-bila masa, di mana sahaja. Layari Tonton Cinema menggunakan aplikasi mudah alih sekarang. Selamat menonton!

Image via Tonton Cinema

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments