Monday, October 7, 2024
HomeNews"Doakan Anak Akak" - Terharu Stranger Belanja KFC, Rider foodpanda Ini Undang...

“Doakan Anak Akak” – Terharu Stranger Belanja KFC, Rider foodpanda Ini Undang Sebak Ramai

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam hidup ini, janganlah kita terlupa untuk membuat kebaikan sesama manusia

Rezeki kita datang dalam pelbagai cara, mungkin hari ini kita tolong orang. Esok lusa orang pula balas kebaikan yang kita lakukan walaupun sebesar zarah.

Perkara ini dapat dikaitkan dengan sebuah video tular di TikTok apabila seorang rider foodpanda berkongsi cerita dirinya yang dibelanja makanan oleh stranger mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@pandaterbang.my

pengajaran hari ni ##foodpanda ##kotadamansara ##fyp ##fyp

Here’s Your Perfect – Jamie Miller

Baru ambil order customer, tiba-tiba ada orang tahan dan offer nak belanja set KFC

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pandaterbang.my, kelihatan dia ketika itu singgah di sebuah restoran KFC untuk mengambil pesanan customernya.

Namun, sebaik saja dia ingin beredar dari situ, dia ditahan oleh seorang wanita. Apa yang lebih menyentuh hati adalah rupa-rupanya wanita itu ingin membelikannya satu set KFC.

“Sambil tunggu akak tu beli, termenung jauh jugak aku. Ya Allah baiknya akak ni. Akak tu hulur KFC kat aku then cakap doakan anak akak ye dik. Anak akak sakit, doakan dia”

“Tak sempat pula nak tanya anak akak tu sakit apa. Apa-apa pun semoga anak akak tu sembuh dan dalam keadaan baik inshaAllah,” katanya.

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 344.4K views, 55.9K likes dan 485 shares di TikTok

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut sebak melihat kebaikan wanita berkenaan dan ada juga yang berkata mungkin itu rezeki rider foodpanda tersebut kerana sebelum ini dia pernah belanja customernya yang sedang kuarantin.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Image via @pandaterbang.my (TikTok)

Baik betul akak tu, semoga anak dia diberikan kesihatan yang baik dan rezeki abang foodpanda pula semakin bertambah 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments