Monday, September 30, 2024
HomeNewsCuak Ayah Beritahu Mak Nak Balik, Gelagat Dua Beradik Pantas Kemas Mainan...

Cuak Ayah Beritahu Mak Nak Balik, Gelagat Dua Beradik Pantas Kemas Mainan Bersepah Dipuji

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai adik beradik sememangnya sesuatu perkara yang sangat indah kerana kita dapat berkongsi pelbagai masalah dengan mereka

Adik beradik jugalah yang akan menjadi peneman dan penghibur hati dikala kita sunyi. Ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak dan mendidik mereka dengan cara yang betul.

Sama seperti video yang tular di Facebook ini apabila gelagat dua beradik pantas mengemas mainan bersepah ketika diberitahu mak akan pulang telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus cepat-cepat kemas barang lepas diberitahu mak mahu pulang

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang adik beradik sedang khusyuk bermain dengan permainan mereka masing-masing.

Namun, tidak lama selepas itu si ayah memberitahu bahawa mak mereka akan tiba di rumah tidak lama lagi. Apa yang lebih melucukan adalah sebaik saja diberitahu perkara itu, dua beradik berkenaan dengan pantas terus mengemas barangan mereka yang bersepah di ruang tamu.

Malah, mereka selepas itu sempat berpura-pura membaca buku ketika menunggu kepulangan mak mereka.

Image via Гантөмөр Цогтбаатар (Facebook)

Image via Гантөмөр Цогтбаатар (Facebook)

“Means they teach their children well and discipline” – Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memuji tindakan kanak-kanak tersebut. Malah, ada juga yang berharap anak-anak mereka akan melakukan perkara sebegitu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 962K views, 10K likes dan 1K comments di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Facebook:

Image via Гантөмөр Цогтбаатар (Facebook)

Image via Гантөмөр Цогтбаатар (Facebook)

Image via Гантөмөр Цогтбаатар (Facebook)

Image via Гантөмөр Цогтбаатар (Facebook)

Image via Гантөмөр Цогтбаатар (Facebook)

Image via Гантөмөр Цогтбаатар (Facebook)

Image via Гантөмөр Цогтбаатар (Facebook)

Comel je takut bila tahu mak nak balik, automatik pantas terus! 😀

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments