Friday, September 6, 2024
HomeNewsCikgu Ini Dipuji Warganet Siap Buat Channel YouTube Untuk Ajar Subjek Matematik....

Cikgu Ini Dipuji Warganet Siap Buat Channel YouTube Untuk Ajar Subjek Matematik. Terbaik!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia, antara golongan yang paling banyak berjasa dan berkorban ialah mereka yang bergelar guru

Manakan tidak, dengan prosedur operasi standard (SOP) baru di mana semua pelajar digalakkan untuk belajar dan hadir ke kelas secara online sedikit sebanyak membuatkan sistem pembelajaran mereka menjadi agak sukar pada mulanya.

Disebabkan itu, gurulah yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan tugas untuk mengajar dan berkongsi ilmu mengikut cara mereka yang tersendiri.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Radio IKIM

Ada yang menggunakan medium video call sebagai cara utama untuk berkomunikasi dengan pelajar, ada juga yang sampai mencipta akaun YouTube dan membuat video sendiri demi memastikan pelajar mudah untuk memahami subjek tersebut.

Sama juga seperti ciapan yang tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang remaja lelaki telah berkongsi akaun YouTube ayahnya yang merupakan seorang guru Matematik.

Lihat ciapan penuh itu di bawah:

Meminta warganet untuk sebarkan channel YouTube ayah yang mengajar subjek Matematik

Menerusi ciapan oleh Nazmi Jailani, dia hanya ingin membantu ayahnya yang baru saja membuat akaun YouTube untuk berkongsi ilmu subjek Matematik yang diajarnya kepada semua pelajar sekolah menengah terutamanya bagi pelajar tingkatan 2.

“I’m not a social media famous or something but aku harap atleast korang can support my dad’s channel here. My dad dah 50+ lebih and he’s teaching math. He still committed to teach by making youtube content during this pkp. Dia selalu share link dalam group ws family ja untuk bagi kami view,” katanya.

Susulan tularnya ciapan Nazmi yang kini meraih 19.7K retweets dan 15.6K likes, subscribers di akaun YouTube ayahnya telah naik mendadak!

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Pada awalnya jumlah subscriber di akaun YouTube itu cuma ada 6 orang. Namun dengan kuasa viral, hanya dalam sehari saja ayahnya sudah mendapat 2.75K subscribers. Wow!

Bukan itu saja, cikgu Matematik itu juga dipuji warganet kerana sangat menunjukkan effort untuk mengajar subjek yang boleh dikatakan susah dalam kalangan pelajar di sekolah menengah itu.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Image via @NazmiJailani (Twitter)

Tonton salah satu video yang dimuat naik oleh Cikgu Jai di YouTube miliknya di bawah:

Semoga perkongsian ini dapat bantu anda di luar sana yang tengah mencari channel YouTube subjek Matematik. Jangan lupa share dengan kawan-kawan! :’)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments