Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Restoran mamak sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, di situlah port paling best kalau nak lepak dengan kawan-kawan
Perkara yang paling common apabila datang ke restoran mamak adalah kita selalu akan jerit “Anney! Teh tarik satu” apabila nak order minuman bukan?
Namun, pernahkah anda terfikir satu hari nanti robot yang akan mengambil alih semua tugas manusia?
Bukan itu saja, dengan adanya teknologi canggih seperti robot, ia sedikit sebanyak mengancam kita kerana peluang pekerjaan yang semakin tipis.
Tular baru-baru ini di laman TikTok apabila sebuah restoran mamak dikatakan sudah pun menggunakan robot sebagai penghantar makanan mereka.
Lihat video penuh itu di bawah:
@mrjack633
Pekerja menyediakan pesanan tosei untuk pelanggan hanya dengan menekan button pada robot
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @mrjack633, ia memaparkan seorang pekerja di restoran mamak sedang menekan beberapa butang di robot.
Dia kemudian memasukkan nombor meja sebelum mesin canggih itu bergerak sendiri untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.
“Mamak biasa pun harga dia kaw. Ini dah guna robot agak-agak macam hotel tak?” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen video tersebut mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa sedikit kecewa kerana bagi mereka walaupun sudah ada teknologi yang canggih seperti itu, namun hilang sudah identiti mamak yang sebenar.
Bukan itu saja, harga makanan dan minuman yang dijual juga sudah pasti akan jauh lebih mahal daripada restoran mamak biasa.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 841.4K views, 18.7K likes serta 4.6K shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen:
Apa pendapat korang? Agak-agak patut tak restoran mamak ada robot macam ni?
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!