Memasuki alam perkahwinan merupakan fasa yang sangat dimpikan oleh setiap pasangan
Namun, jika takdir sudah tertulis bahawa dia bukan jodoh kita maka kita harus tabah dengan ujian itu.
Sama seperti kisah seorang yang berlaku kepada seorang wanita baru-baru ini kerana tidak jadi berkahwin disebabkan bakal suaminya membatalkan majlis perkahwinan tiga minggu sebelum berlangsung.
Image via Fox News
Bakal suami tiba-tiba mahu batal majlis kahwin tanpa sebab yang munasabah
Menurut sumber, wanita itu bertunang pada bulan Ogos yang lalu telah membuat pelbagai persiapan perkahwinan menjelang hari bahagia.
Tetapi, secara tiba-tiba bakal suaminya itu membatalkan pernikahan mereka 3 minggu sebelum majlis yang akan berlangsung pada Oktober lalu.
Dia juga mengakui terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh bakal suaminya itu kerana mereka tetap bersama walaupun susah dan senang.
Namun, menjelang tarikh pernikahan, mereka dikatakan berdepan beberapa konflik sebelum langsung tidak mendengar khabar daripada lelaki berkenaan.
Lihat video penuh ini:
Memilih photoshoot seorang diri walaupun kecewa dengan kejadian yang berlaku
Walaupun pernikahan mereka dibatalkan tanpa sebarang penjelasan, wanita itu tetap kuat dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan di sisi.
Shasha turut memilih untuk mengadakan photoshoot seorang diri dilengkapi dengan busana pengantin, solekan dan cincin.
Selain itu, dia juga terpaksa menebalkan muka untuk menelefon semua vendor majlis perkahwinan kerana perlu dibatalkan.
Sementara itu, warganet turut memberi kata-kata semangat buat wanita tersebut dan bersabar dengan ujian yang menimpanya
Ada hikmah dengan apa yang berlaku, semoga Shasha terus kuat dan tabah 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!