Wednesday, January 8, 2025
HomeNewsBakal Diagihkan Awal Mac, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Percuma Daripada...

Bakal Diagihkan Awal Mac, Ini Golongan Yang Layak Terima Vaksin Percuma Daripada Kerajaan

Vaksin Covid-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk menang dalam perang melawan wabak virus berkenaan

Oleh itu, kerajaan telah berjaya menempah vaksin Covid-19 dengan penghantaran pertama bekalan vaksin tersebut dijadualkan tiba di tanah air pada bulan ini.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penghantaran pertama vaksin Covid-19 itu melibatkan vaksin keluaran syarikat Pfizer dan BioNTech yang telah menunjukkan kadar keberkesanaan yang tinggi iaitu pada tahap 95 peratus.

“Kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini.

“Kita menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas hari ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan melibatkan tiga fasa untuk diagihkan

Fasa pertama akan melibatkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

Fasa ini amat penting untuk melindungi frontliners kita yang berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19. Fasa pertama program imunisasi ini dijadualkan tamat pada bulan April.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Malaysian Reserve

Fasa kedua pula akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Mereka ialah warga emas dan golongan rentan iaitu yang berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini. Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021.

Bagi fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022. 

Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments