Monday, December 23, 2024
HomeNews“Aku Dah Penat Nak Hadap” - Gadis Ini Tertekan Dapat Housemate Cantik...

“Aku Dah Penat Nak Hadap” – Gadis Ini Tertekan Dapat Housemate Cantik Tapi Pengotor

Bila cakap pasal rumah sewa, setiap penyewa kena memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan dan keselesaan housemate yang lain

Iyalah, bila menyewa ramai-ramai dalam satu rumah ini, kebersihan yang paling penting sebab kalau rumah kotor, memang tidak selesa nak duduk dan silap hari bulan boleh buat gaduh.

Lebih-lebih lagi kalau dapat housemate yang pemalas dan pengotor, alamatnya penyewa lain terpaksa menanggung ‘azab’. Nak ditegur, takut timbul isu salah faham pula. Tapi terpaksalah tahan sakit hati dan mata tengok rumah bersepah setiap hari.

Baru-baru ini, tular di laman sosial Twitter apabila seorang gadis memuat naik ciapan gambar rumah sewanya yang bersepah. 

Lihat ciapan penuh tersebut di bawah:

Penat nak hadap hari-hari rumah bersepah, gadis itu terpaksa mengemas semula rumah sewanya seorang diri

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Ciapan gadis itu tular sehingga kini meraih 4,500 retweets dan hampir 10,000 likes di Twitter.

“Bukan nak kata apa, tapi aku dah penat nak hadap hari hari like that. Aku penat balik kerja hari hari aku kemas tapi akhirnya macam ni jugak setiap kali balik. Wth its this? Monyet ke yang duduk dalam rumah ni? Maaf la. Aku ni perempuan, dan aku tak suka!” katanya.

Hampir 3 jam mengemas rumah dan dia sempat menegur kepada perempuan di luar sana jangan muka je cantik tapi pengotor

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

“And dari pukul 6:30 petang sehingga 9:10 malam ya aku selesaikan. Ini saja yang aku mampu, pinggang rasa nak patah. Perempuan diluar sana tolong laa jadi pembersih jangan laa muka cantik tapi pengotor,” katanya lagi.

Susulan tularnya ciapan gadis itu yang mendapat ribuan perhatian daripada warganet, rata-rata mereka sakit hati dengan housemate gadis itu kerana tidak ada common sense langsung untuk jaga kebersihan rumah.

Siapa je yang tak sakit hati bila tengok keadaan rumah macam itu, dengan air tertumpah dan tidak dilap dan kasut bersepah sana sini.

Mengemas rumah adalah basic knowledge yang semua orang perlu tahu, jadi jangan bagi alasan tidak pandai mengemas rumah sedangkan sebenarnya diri sendiri yang malas.

Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Image via @mnsiatnpahati (Twitter)

Jadi, korang yang sewa rumah tu jagalah kebersihan. Jangan malas!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments