Saturday, May 18, 2024
HomeNews Baru Nak 'Kelentong' Line Slow Masa Lecturer Panggil, Sekali Lain Pula...

[VIDEO] Baru Nak ‘Kelentong’ Line Slow Masa Lecturer Panggil, Sekali Lain Pula Yang Jadi

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak negara kita dilanda Covid-19, semua sistem pembelajaran baik di sekolah mahupun di universiti harus dijalankan secara online

Para pelajar perlu menghadiri kelas dan berkomunikasi dengan guru atau pensyarah melalui video call saja.

Tidak dapat dinafikan, ada sesetengah pelajar yang menghadapi kesukaran untuk belajar secara online kerana talian internet di rumah mereka tidak kuat dan sebagainya.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang remaja lelaki ini apabila cubaannya untuk ‘kelentong’ pensyarah semasa kelas online kantoi dan mendapat perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rahmankayy

Aduhhh kipas pulak buat kantoi ##fyp ##fyp ##university ##student ##onlineclass ##lag

original sound – Rhmn.k

Buat-buat line slow masa nama kena panggil dengan lecturer, sekali kantoi sebab kipas dekat belakang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rahmankayy, kelihatan dia sedang belajar secara online sambil meletakkan laptop di pehanya.

Tetapi, secara tiba-tiba namanya dipanggil oleh lecturer untuk menerangkan semula apa yang diajarnya itu.

Remaja lelaki berkenaan kemudian bertindak spontan dengan menggerakkan tangannya dengan perlahan seolah-olah line internetnya slow.

Namun, cubaannya itu terkantoi apabila lecturer tersebut menyedari sesuatu dan berkata “pelik eh Rahman, you macam tersekat tapi kipas you smooth je dari tadi”.

Image via @rahmankayy (TikTok)

Image via @rahmankayy (TikTok)

“Kalau aku kena panggil auto tutup data hahaha” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 499K views, 49.9K likes dan 1.3K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat remaja lelaki itu dikantoikan oleh kipasnya dan ada juga yang berkongsi pendapat mereka apabila nama disebut di dalam kelas online.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @rahmankayy (TikTok)

Image via @rahmankayy (TikTok)

Image via @rahmankayy (TikTok)

Image via @rahmankayy (TikTok)

Image via @rahmankayy (TikTok)

Image via @rahmankayy (TikTok)

Alahai, macam tu je dia kantoi. Lain kali kena tutup kipas tu dulu bro 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments